Rebat RM200 beli telefon pintar 3G

English: Cellular phone Polski: Telefon komórkowy
English: Cellular phone Polski: Telefon komórkowy (Photo credit: Wikipedia)
Kira-kira 1.5 juta belia bakal menikmati rebat RM200 untuk telefon pintar mudah alih 3G setiap seorang dengan Pakej Komunikasi Belia, bermula 1 Januari depan.
Sehubungan itu, RM300 juta yang disediakan itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) bagi memberi laluan kepada golongan muda mendapatkan maklumat dengan lebih mudah. Pakej itu boleh dimiliki melalui pengedar rasmi telefon pintar mudah alih sekali gus memberi manfaat kepada 22 peratus belia berusia antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Sebagai galakan
Pakej itu sebagai galakan kepada belia menggunakan teknologi terkini. Penggunaan telefon itu berpatutan dengan kehendak belia yang dahagakan ilmu. Pakej itu jawapan kepada kehendak mereka untuk memilikinya, katanya. Pemberian rebat itu membuktikan kerajaan memahami keperluan belia yang membesar dengan teknologi maklumat. Usaha itu juga dilihat sebagai satu langkah melahirkan belia bermaklumat menjelang Wawasan 2020 selain meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan mereka, katanya.

– BHO

Advertisements

Intel pentingkan kualiti pekerja

Image representing Intel as depicted in CrunchBase
Image via CrunchBase
Intel akan terus melabur di Malaysia, terutama dalam pengambilan pekerja berkemahiran tinggi bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar cip terbesar dunia. Menurut Intel, persaingan global yang sengit memerlukan pekerja berkualiti dan berkemahiran tinggi. Mereka tidak mementingkan kuantiti berbanding kualiti pekerja. Intel Malaysia telah bertapak sejak 1972 dan merupakan pengeluar cip terbesar di luar Amerika Syarikat dengan jumlah pelaburan lebih RM12 bilion. Setakat ini, mereka mempunyai 3 kilang pengeluaran di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang dengan lebih kurang 3000 juruteknik dan 6000 pekerja lain. Insentif yang ditawarkan kerajaan sangat kompetitif dan mampu menarik syarikat antarabangsa datang melabur. Justeru, Intel juga berharap kerajaan dapat terus meningkatkan kemudahan infrastuktur dan tahap pendidikan atau kurikulum supaya graduan universiti dapat bersaing bukan saja dalam negara tetapi di peringkat global. Tahun 2012 Intel menyambut ulang tahun ke-40 di Malaysia.
– BHO

Jualan komputer tablet makin meningkat

English: Apple iPad Event (Photo credit: Wikipedia)
Jualan global komputer tablet dijangka melonjak lebih 126 juta unit tahun 2012, didorong penjualan iPad dan syarikat pesaing lain dengan format lebih kecil, menurut syarikat penyelidikan pasaran, IHS iSuppli. Kaji selidik meramalkan peningkatan kukuh tahunan sebanyak 56 peratus bagi penghantaran untuk pasaran tablet pada 2012, berbanding lebih 82 juta unit pada tahun 2011.
Peningkatan tablet media menjadi pemacu pertumbuhan terbesar kepada pasaran paparan kecil dan sederhana. Sementara segmen 9 inci yang didominasi iPad akan menjadi sebahagian besar daripada penghantaran tablet tahun ini, bahagian lain yang akan berkembang pesat ialah bagi skrin 7 inci yang digunakan Galaxy Tab daripada Samsung Electronic, Kindle Fire dari Amazon, Nook Tablet dari Barnes & Noble dan produk tablet yang lain menggunakan sistem operasi Google Android.
Enhanced by Zemanta

Nak duit raya sebanyak RM 1,000?

 

Tambah duit raya anda sebanyak RM 1,000 sekarang!

Di sini ada cara mudah untuk mula mendapat duit raya sekarang – hanya layari Internet lebih lama!
Celcom First Data ingin memberikan RM 2,000 secara tunai kepada 2 pelanggan Celcom bertuah untuk sepanjang bulan Ramadhan!
Anda mahu? Hanya langgan tambahan kuota atau langgan sebarang plan Internet mudah alih/tetap, bermula sekarang sehingga 20 Ogos 2012.
Layari perjalanan anda untuk mendapatkan duit raya RM 1,000 sekarang! Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut atau layari laman web Celcom.
Info lanjut: http://bit.ly/Nv6rrI
p/s: Untung la pengguna Celcom 🙂

Samsung Galaxy S III terbaik!

Gambar: GSMArena.com

Sekarang sesuatu yang dijamin membuatkan anda menjadi tumpuan rakan-rakan anda – Samsung Galaxy SIII.
Telefon ini sangat pintar dan mudah digunakan. Bercakap kepadanya dengan S Voice (umpama fungsi Siri dalam iPhone), berkongsi perkara menarik dengan orang lain menerusi S Beam.
Dengan paparan 4.8” HD Super AMOLED, anda takkan dapat menutup mata apabila melihat Samsung Galaxy SIII ini!
Ciri Pop Up Play pada #GALAXYSIII membolehkan anda tonton video ketika hantar emel pada masa yang sama!
Ciri-ciri lain:
– Dibina dengan pemproses empat teras 1.4GHz menjadikan pengalaman pelbagai tugasan sangat mengagumkan!
– Kapasiti simpanan sebanyak 16GB & 32GB, dengan storan tambahan boleh dimuatkan menerusi kad microSD (menyokong sehingga 64GB).
Dapatkannya sekarang dari Samsung! Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut atau ke laman Facebook Samsung Mobile Malaysia.
Info lanjut: http://bit.ly/Oq9Y4E