FB Dan Blog Ustaz, Ustazah Diminati Ramai

Kini dikatakan terdapat 600,000 blogger dan 12 juta pengguna laman sosial yang sangat popular iaitu Facebook (FB) di seluruh Malaysia. Melihatkan angka yang cukup memberangsang ini maka pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk menangguk apa sahaja yang boleh membawa untung. Sama ada keuntungan di dunia dan kepada golongan pendakwah tentunya untuk menangguk untung di akhirat.
Bukan untuk mereka, tetapi tentunya untuk golongan yang menjadi sasaran dakwah. Sehinggakan ada pihak yang sanggup berbelanja besar mengupah perunding teknologi maklumat (IT) untuk membangunkan laman web dan pengendali kepada laman FB. Sedangkan semua itu boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berbelanja besar, malah selaku hos atau tuan punya kepada mana-mana blog dan laman FB secara individu mereka mampu mempunyai ramai pengikut. Lebih menarik, ia mampu mewujudkan satu komuniti kecil yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
Maka timbullah satu istilah yang dinamakan cybertrooper yang peranan mereka sangat penting terutamanya dalam mengembangkan fahaman dan gerakan politik terutama politik berparti. Pada makna yang mudah, seorang cybertrooper bertindak melalui dunia maya untuk mempertahankan mana-mana ahli politik dan parti politik yang mereka wakili sehingga ketitisan ‘darah’ terakhir. Ini menjadikan kerjaya seorang ahli politik semakin mencabar, jika beliau tidak disokong dan didokong oleh mana-mana cybertrooper. 
Tetapi seorang pendakwah wanita popular negara, Datuk Siti Norbahyah Mahmud tentulah dilihat sebagai satu pencapaian yang tersendiri. Ini apabila laman FB beliau menduduki tangga teratas daripada hampir 16 nama pendakwah yang mempunyai pengikut dan original page masing-masing di laman FB. Siti Norbahyah mempunyai 727,669 pengikut diikuti Dr. Zahazan Mohamed (452,578), Ustaz Zamri Zainudin (426,443), Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh (348,473), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (291,462 pengikut). Kedudukan paling bawah dengan 17,463 pengikut di laman Fb adalah milik bekas johan qariah tilawah antarabangsa, Sharifah Khasif Fadzillah Badiuzzaman.
Ini bererti golongan pendakwah dan agama di negara ini mempunyai pengaruh yang cukup besar melalui hubungan yang terjalin di alam maya. Keadaan ini cukup berbeza berbanding dulu dengan apabila para pendakwah mendekati sasaran mereka melalui rakaman kaset yang boleh dibeli dan diulang dengar berkali-kali. Akan tetapi dipercayai muka baru dalam dunia dakwah hari ini dengan pendekatannya yang tersendiri, iaitu Ustaz Azhar Idrus menggunakan kelebihan bercakap dalam loghat pantai timur menarik begitu ramai perhatian peminat dan pendengar terutamanya dalam laman You tube. Setiap hari ada sahaja, mereka yang menghantar atau posting rakaman You tube beliau ke laman Fb untuk tujuan penyebaran dan ia begitu mendapat sambutan orang ramai. Pada masa yang sama ceramah atau tazkirah oleh Azhar bergema dan berkumandang melalui rakaman kaset di premis-premis perniagaan seperti kedai buku, kedai menjual baju dan sebagainya sebagai satu daya tarikan kepada para pembeli untuk berada lama dalam premis perniagaan mereka.
Beliau juga boleh ditemui melalui buku terbitan terbaru Syarikat PTS; Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Beliau menjawab lebih 100 soalan dalam buku tersebut. Begitulah pelbagai cara dan pendekatan digunakan untuk para pendakwah hari ini untuk menyebarkan Islam.
Dikatakan dengan cara ini menyebabkan gerakan dakwah semakin berkurangan terutamanya di peringkat institut pengajian tinggi tempatan (IPT) apabila semudah berada di hadapan skrin komputer kita beroleh apa sahaja ilmu mengenai Islam yang sekali gus boleh menimbulkan keinsafan dan kesedaran. Dakwah secara maya ini juga dikatakan menyebabkan semangat ukhuwah dan berjemaah itu turut terjejas. Ini cukup berbeza apabila dakwah disampaikan secara bersua muka dalam jumlah jemaah yang ramai.
– UMO

Enhanced by Zemanta
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s