Aplikasi Blogger Di Android Semakin Cun

Menarik dan menikam kalbu. Begitulah rasanya ketika membuka aplikasi Blogger di telefon pintar Sony Xperia Sola ku ini. Jarang sebenarnya guna aplikasi ni sebab lebih selesa menulis blog di komputer riba atau PC je. Namun dengan antaramuka (interface) lebih moden dan menarik membuatkan semangat menulis entri baru makin meningkat. Nampaknya Google semakin peka dengan keperluan penggunanya. Selain rupa lebih cun, saya merasakan menggunakan aplikasi ini lebih mudah dari versi sebelum ni. Ciri ‘swipe’ di skrin memudahkan saya mengakses entri yang telah diterbitkan mahupun yang masih draf, yang tiada pada versi sebelum ni. Menu utama aplikasi ni memberi akses pantas kepada 4 fungsi utama iaitu Blog, Tulis, Arkib, dan Ketetapan (setting). Mudah betul. Namun tiada fungsi statistik trafik buat masa ini, suatu kekurangan penting yang patut disertakan pada versi akan datang. Aplikasi WordPress telah pun ada fungsi ni. Takpelah pelan-pelan kayuh ye encik Google. Kombinasi warna oren, putih, hitam dan kelabu memang cun lah!
P/S: entri ni 100% ditaip guna aplikasi tersebut 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s