Keunikan Gold Coast Morib

Morib, suatu ketika dahulu terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Kuala Langat, Selangor kerana mempunyai pantai peranginan yang indah. Bagaimanapun, pelbagai isu timbul termasuk soal kebersihan, selain persaingan dengan destinasi peranginan berdekatan seperti Sepang yang terkenal dengan pantai Bagan Lalang dan Golden Palm Tree Sepang Gold Coast. Kesemua faktor itu menyebabkan kegemilangan Morib semakin pudar. Pantai Morib sebelum ini didapati sambutan pelancong terhadap pantai tersebut ‘kurang meriah’.

Namun begitu, ‘kesuraman’ itu hilang apabila sebuah pusat peranginan baru, Gold Coast Morib dibuka sepenuhnya. Terletak kira-kira lima kilometer dari pantai Morib dan berdekatan Istana Pantai Bahagia milik Sultan Selangor, kehadiran resort itu telah menukar persepsi orang ramai terhadap Morib. Selepas melihat sendiri keindahan landskap, taman tema airnya yang direka cantik, 40 gazebo tepi pantai yang dijadikan restoran makanan laut eksklusif serta kawasan pantai yang telah dibersihkan, akan membuatkan anda teruja untuk datang lagi ke pusat peranginan itu.

Apa yang boleh dikatakan, Gold Coast Morib mempunyai keunikan tersendiri. Terletak di tanah seluas 5.6 hektar dan dibina dengan pelaburan RM180 juta oleh usahawan terkenal Datuk Alex Tan, destinasi penginapan ini menerima ramai pengunjung termasuk sepanjang musim cuti sekolah. Selain itu, Gold Coast Morib juga menyediakan tujuh bilik mesyuarat dan dewan bankuet yang unik kerana kesemua dinding dan bumbungnya diperbuat daripada kaca. Pemaju juga membuka tiga jenis restoran iaitu kopitiam yang menawarkan harga seperti kopitiam di luar, lounge dan restoran makanan laut yang memberi peluang kepada pengunjungnya memilih sendiri apa yang hendak dimakan di ‘pasar ikan’ yang disediakan.

Pengunjung yang datang menginap di sini boleh makan di restoran,  mandi di taman tema yang boleh memuatkan 1,000 orang pada satu masa dan bersiar-siar di tepi pantai serta menikmati keindahan alam semula jadi dengan menyertai aktiviti river cruise di Sungai Jugra. Restoran makanan laut yang dinamakan Pavalion By The Sea pula telah beroperasi sepenuhnya dan di sini pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan live band, selain menikmati keindahan laut dan lampu berwarna-warni yang dipasang di semua pokok di kawasan itu. Pemaju juga menanam 150 pokok kelapa di pantai tempat peranginan ini agar suasana nampak lebih tropika dan hijau.

Pihak pemaju juga telah membina 300 unit hotel bajet pada harga antara RM100++ hingga RM150++ semalam, lengkap dengan pusat beli-belah yang mempunyai 300 unit kedai. Pembinaan hotel bajet adalah bagi memberi peluang kepada semua golongan yang mempunyai bajet kecil untuk datang bercuti ke Gold Coast Morib. Gold Coast Morib ini memang sesuai untuk keluarga, kumpulan yang ingin berseminar, syarikat yang mahu mengadakan hari keluarga serta pelancong tempatan dan luar yang cintakan alam semula jadi. Ramai pengunjung dari luar negara dan banyak permintaan untuk mereka datang berkumpulan termasuk dari Taiwan, Korea dan Jepun memandangkan tempat ini begitu dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), iaitu kira-kira 35 minit perjalanan.

– UMO

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s