Kate Middleton Pernah Dibuli?

The British royal family on Buckingham Palace ...
The British royal family on Buckingham Palace balcony after Prince William and Kate Middleton were married. Kate wears a wedding gown by Sarah Burton. (Photo credit: Wikipedia)
LONDON: Permaisuri Britain, Kate Middleton, pernah menjadi mangsa buli ketika menuntut seketika di Sekolah Downe House di Cold Ash, Berkshire. Bekas guru besar sekolah itu, Susan Cameron, berkata walaupun tiada amalan buli yang serius terhadap Kate, ia bukan sesuatu yang luar biasa di situ. Dengan berhati-hati, Susan berkata, aktiviti membuli adalah sebahagian daripada cara hidup pelajar berusia belasan tahun dan kadang-kadang ia agak kejam. Akhirnya Kate berpindah kerana dia tidak gembira dan gagal menyesuaikan diri dengan suasana ‘tegang’ di sekolah berkenaan. Isteri Putera William itu pernah meminta tetamu majlis perkahwinannya pada 29 April lepas agar menderma kepada kempen mengekang amalan buli di sekolah. Gesaan itu membayangkan Kate pernah menjadi antara mangsa buli ketika bersekolah. Seorang bekas teman kelas Kate juga mendakwa dia menjadi mangsa kekejaman pembuli pada zaman remajanya. Bagaimanapun, Kate tidak pernah memperkatakannya secara terbuka, manakala identiti pelaku terbabit kekal dirahsiakan. Kate hanya berada di sekolah Downe House selama dua penggal sebelum ibu bapanya memindahkannya ke Kolej Marlborough yang eksklusif. Kata Susan, Kate mungkin tidak dibuli secara serius walaupun ketika itu anak bekas pramugari berkenaan berasa terseksa. “Jika Kate dibuli dengan teruk ketika bersekolah dulu, saya tidak fikir dia berjaya menjadi wanita seperti apa yang anda lihat hari ini,” katanya. – DM
– MM
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s