Rakyat Malaysia Paling Lama Dengar Radio?

Malaysia terus menerajui rantau Asia Pasifik dari segi purata jumlah jam dihabiskan seminggu untuk mendengar radio. Ada satu perubahan ketara dalam arah aliran berkenaan, apabila semakin kurang pendengar yang bertukar saluran sekali gus memberi bukti jelas bahawa wujud kesetiaan jenama yang semakin tinggi dalam kalangan mereka. Berdasarkan kaji selidik terbaru Pengukuran Pendengar Radio (RAM) Nielsen, jumlah pendengar di Semenanjung Malaysia kekal tinggi dengan 92 peratus pendengar mingguan. Pembahagian media secara asasnya telah mengubah kebiasaan hubungan pengguna. Dalam orde baru dunia media, penyasaran adalah perkataan baru yang sesuai. Hasil kaji selidik bagaimanapun memberikan bukti aktiviti mendengar radio terus berkembang dengan pelbagai pilihan disediakan untuk memenuhi selera pendengar. 

CRM ialah persatuan yang mewakili stesen radio komersial di negara ini. Industri radio sudah mencapai tahap matang sehingga pendengar kini dapat mengenal pasti apa dan bila mereka mahu dengar, dengan hanya memilih tidak lebih daripada purata dua saluran. Sebagai sebuah industri, katanya radio juga mencatatkan kemajuan dalam bidang lain serta membentuk set penanda aras yang baru. Antara contoh, saluran BFM memenangi Anugerah Kancil Emas tahun lalu di samping beberapa anugerah lain di Cannes, AdFest, One Show dan Spikes Asia tahun ini untuk kempen Kesedaran Barah Payudara. Radio meluaskan capaiannya sejak dekad lalu dengan beberapa stesen telah memformat isi kandungan secara lebih khusus untuk menarik pendengar sasar masing-masing. 
Dari segi capaian pendengar, ERA mengekalkan kedudukan teratas dalam kalangan saluran berbahasa Melayu dengan purata 4.5 juta pendengar seminggu. Ia diikuti rapat oleh SINAR dengan 4.2 juta pendengar mingguan dan hotFM dengan 3.4 juta pendengar. Di antara saluran berbahasa Cina, MY FM menerajui kedudukan dengan 2.2 juta pendengar disusuli 988 dan ONE FM, masing-masing dengan 1.5 juta dan 861,000 pendengar. Sementara itu, hitz.fm sekali lagi menguasai saluran berbahasa Inggeris dengan 1.7 juta pendengar. Saluran pelbagai bahasa, THR Raaga/THR Gegar dan Red masing-masing mempunyai 3.6 juta dan 237,000 pendengar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s