Berjalan Di Taman Boleh Tenangkan Minda?

Susah hati atau alami kemurungan? 

Shot in Green Park, and the road is Constituti...
Shot in Green Park, and the road is Constitution Hill which boarders the park and leads to Buckingham Palace (Photo credit: Wikipedia)

Satu penyelidikan mendapati dengan bersiar-siar atau sekadar berjalan di taman bunga atau padang, boleh membantu individu mengalami kemurungan untuk berasa lebih lega dan tenang. Kumpulan penyelidik melakukan ujian bagi mengenal pasti sama ada berjalan kaki di lokasi semulajadi boleh meningkatkan mood individu berhadapan kemurungan-klinikal. Kajian turut menguji teori dibangunkan dalam bidang sains kognitif, dikenali sebagai Teori Pemulihan Perhatian atau Attention Restoration Theory (ART), mencadangkan, individu mampu menumpukan perhatian lebih baik selepas mengambil masa untuk berjalan-jalan di taman atau menikmati alam sekitar buat seketika. Menurut ART, individu berada dalam persekitaran aman dan tidak menerima gangguan luar, mempengaruhi sistem memori untuk lebih memberikan tumpuan terhadap perkara mereka lakukan ketika itu. Hasilnya, sel otak boleh berehat dan memasuki cabang pertimbangan, seterusnya membantu memulihkan keupayaan kognitif.

Kajian klinikal
Dalam kajian terkini, seramai 20 individu berhadapan kemurungan klinikal, membabitkan 12 wanita dan lapan lelaki berusia 26 tahun yang mengambil bahagian dalam satu eksperimen, berjalan dalam suasana tenang semula jadi, sementara dalam keadaan satu lagi dalam suasana bising di bandar. Sebelum melakukan aktiviti bersiar-siar itu, peserta diuji menentukan status kognitif dan mood mereka dan dikehendaki memikirkan kembali masalah belum selesai atau mengenai memori pahit dilalui sebelum ini. Mereka kemudian dikehendaki berjalan kaki selama satu jam di sebuah taman hutan atau bersiar-siar di sepanjang jalan yang sibuk. Laluan jalan ditetapkan dan peserta perlu memakai jam dilengkapi Global Positioning System (GPS) untuk memastikan mereka melalui jalan betul. Apabila selesai, mereka perlu mengambil bahagian dalam siri ujian mental untuk mengukur tumpuan dan bagaimana memori jangka pendek mereka bekerja. Seminggu selepas itu, peserta mengulangi kajian tetapi perlu melewati jalan berbeza daripada dilalui pada kajian terdahulu.
Memori lebih baik
A couple touch hands as they walk through Lond...
A couple touch hands as they walk through London’s Green Park. (Photo credit: Wikipedia)

Disebabkan penghidap kemurungan mempunyai tahap pemikiran negatif yang penyelidik skeptikal merumuskan berjalan kaki secara bersendirian di taman, memberi manfaat. Sementara ‘mood’ mereka turut meningkat. Bagaimanapun, keputusan menunjukkan penghidap memiliki peningkatan 16 peratus membabitkan aspek tumpuan dan ingatan selepas berjalan kaki di taman berbanding berjalan kaki di bandar. Penulis ‘Jurnal Kecelaruan Efektif‘, Dr Marc Berman, dari Institut Penyelidikan Rotman, Kanada, yang juga ketua penyelidikan itu menjelaskan, kajian menunjukkan bahawa peserta menghadapi kemurungan klinikal mengalami prestasi memori lebih baik selepas berjalan kaki di taman berbanding berjalan di dalam persekitaran bandar. “Berjalan boleh bertindak sebagai menambah atau meningkatkan rawatan sedia ada bagi penghidap kemurungan klinikal,” katanya. Pada 2008, kajian oleh Dr Berman menunjukkan orang dewasa yang tidak pernah didiagnosis dengan penyakit mental, didapati sihat, lantaran berjalan di taman berhutan, mampu merangsang minda.

– BH

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s