Jana pendapatan dengan blog?

Barangkali anda tertarik dengan tajuk ni. Mungkin juga anda tercari-cari petua atau teknik untuk terima wang dari aktiviti blogging? Apa yang anda fikir itulah juga saya fikirkan melainkan anda sekadar pembaca setia bukannya seorang penulis. Pelbagai tips sebenarnya di luar sana, saya juga tidak layak memberi jawapan terbaik dari persoalan di atas. Namun alang-alang biarlah kongsi ilmu yang ada.

Blog Machine
Blog Machine (Photo credit: digitalrob70)

Jadi, panduan pertama yang harus dilakukan ialah isi kandungan. Ia berkait kualiti dan kuantiti. Memang saling berkaitan secara tidak langsung. Jika blog baru 10 entri tak payah la nak pikir pasal iklan, jauh lagi perjalanan anda tak kira hebat mana pun. Rajin letak satu artikel setiap hari, lagi bagus 2-3 entri. Kalau banyak sangat idea, jangan tamak semua nak terbitkan hari ni jugak, simpan la sikit untuk masa depan oi. Hari ni banyak idea, esok lusa belum tentu idea datang mencurah-curah. Fikirkan tu… Kemaskini blog setiap hari tetapi tiada kualiti pun haru juga. Lain la blog pasal kisah hati (diari), kot ye pun jangan nak menyumpah seranah, baik kau tweet je. Jadikan entri tu sesuatu yang bernilai untuk pembaca hatta blog tu sekadar kongsi suka-suka. Pembaca suka gerenti mereka nak baca yang lain dalam blog tu.

Blog design
Blog design (Photo credit: melop)

Seterusnya reka letak blog haruslah menarik dan nampak tersusun. Kalau kemas barulah pembaca senang hati je menambah ilmu. Ni kalau widget pun bersepah sana sini siapa nak baca,  serabut kepala tengok macam rumah dalam keadaan tunggang-langgang. Pengiklan pun mesti tak berminat nak iklan kat blog yang teruk susunannya sebab mereka nak cari untung. Maksudnya mereka dah melabur sejumlah wang untuk cari pelanggan, itulah punca keuntungan. Pelanggan akan datang kepada mereka dan dari situ mereka nampak hasil pelaburan mereka beriklan. Jika anda sertai Nuffnang sekalipun belum tentu blog anda akan terpilih jika susunan teruk. Harap bayaran per klik jer la… Tu pun kalau pembaca nak klik. Jangan paksa pembaca klik pula, silap- silap tak mau jenguk lagi dah. Mana taknya singgah-singgah je kena klik iklan adoi! Pasal template pula ikut kreativiti blogger la, ada yang suka template yang disediakan, ada juga ambil dari laman web template yang mana terdapat ribuan template yang cun untuk dipilih. Namun haruslah isi kandungan sesuai dengan template, jika blog info jangan la blog tu gelap gelita. Sakit mata membaca…

SEO. Ni bab yang saya juga belum khatam. Eloklah rujuk dari blogger yang dah lama aktif. Kalau tak kenal tanya encik Google je, lagi elok korang faham bahasa Inggeris. Ni teknik untuk naikkan ranking korang dalam enjin carian. Ia membantu naikkan trafik ke blog. Apabila ada orang cari kat Google ke Bing ke, hasil carian berdasarkan kata kunci yang dicari keluar la blog korang dalam senarai juga. Mereka mungkin akan pilih blog anda dan dari situ trafik masuk. Kebarangkalian untuk pembaca klik iklan mungkin tinggi jika trafik tinggi juga. Tajuk yang menarik juga penting. Isi kandungan lagi la penting, jangan guna perkataan ringkas atau bahasa SMS.

English: seo block
English: seo block (Photo credit: Wikipedia)

 Selepas semuanya dapat diikuti barulah anda boleh letak iklan sama ada menggunakan khidmat Nuffnang, Google AdSense dan lain-lain. Ikut la mana suka.

Enhanced by Zemanta
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s