Jejak Internet: White.my

Hai semua,

Bermula bulan September ni, siri baru iaitu jejak dunia Internet telah berlangsung (macam rancangan TV pun ada). Siaran ini boleh ditonton di seluruh dunia asalkan dapat jejak ke blog ni la hehe… Untuk kali pertama ni saya berjaya menjejaki laman web yang serba putih macam namanya iaitu:

White.my

Laman web ini kelihatan dalam bahasa Inggeris sahaja tetapi disebabkan warna, isi dan kukunya yang ringkas maka budak sekolah pun dapat memahami isi kandungannya. White.my adalah sebuah stor gaya hidup dalam talian yang ingin membawa rakyat Malaysia kepada barangan kreatif untuk kediaman moden dan di bawah harga pasaran. White.my lebih menekankan pasaran Internet berbanding kaedah perniagaan tradisional. Mereka juga menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara (macam Zalora).

Ringkas kan…

Sebagai entiti perniagaan yang agak berlainan kerana ia beroperasi sepenuhnya dalam talian (online), pelanggan pasti tertarik dengan kelainannya. Harganya yang berbaloi dengan pelbagai pilihan barangan yang ringkas membuatkan pelanggan tidak teragak-agak untuk membelinya. Kategori barangan yang dijual oleh White.my adalah seperti berikut:

  • Dekorasi rumah
  • Dapur
  • Bilik tidur
  • Penghawa dingin
  • Alat tulis
  • Fotografi
  • Alat pengurusan

Kool la barangannya

Jika dilihat barangannya memang ringkas dan mudah digunakan untuk kehidupan seharian. White.my yang diuruskan oleh syarikat White Dot My Sdn. Bhd. ini menawarkan pengalaman pembelian mudah dengan menerima penggunaan transaksi dalam talian menerusi kad kredit Visa atau Mastercard, boleh juga debit dalam talian seperti RHB Bank, CIMB Clicks, Maybank2U, EON Bank, MEPS Cash, Mobile Money, Webcash dan MEPS FPX. Semua harga dan transaksi jualan adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) sahaja.

Kami adalah putih
White.my masih lagi baru beroperasi pada tahun 2012 ini. Mereka bekerjasama dengan rakan pembekal agar dapat menawarkan harga terendah dalam talian mahupun luar talian. Usaha ini cukup baik ketika pelbagai barangan & perkhidmatan mengalami kenaikan harga, White.my memahami setiap pelanggannya. Korang boleh pergi ke laman web White.my atau klik pautan di bawah:
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s