Hartanah? Perlu Ke Kita Tahu?

London - Semi-Detached Houses
London – Semi-Detached Houses (Photo credit: roger4336)
Persoalan ini agak menarik untuk kita yang telah dewasa sama ada bujang atau telah berkahwin.
Bagaimana dengan pembaca? Apa pendapat anda? Adakah anda merasakan pengetahuan mengenai hartanah adalah penting untuk diri anda atau anda merasakan anda tidak perlu mengetahuinya kerana ada orang lain yang boleh menguruskannya untuk anda seperti peguam, konsultan hartanah, agen Real Estate dan sebagainya.
Sebenarnya tidak kira apa pun sekali pendapat anda, ianya adalah hak anda – terpulang kepada anda. Tetapi adalah sebaiknnya untuk anda mengetahui perkara asas mengenai hartanah yang mana saya yakin ianya akan membantu anda pada ketika tertentu seperti ketika anda ingin membeli rumah, pindah milik hartanah dari nama ibu/bapa anda yang telah meninggal atau berlaku konflik kecil sesama jiran yang mungkin anda boleh menyelesaikan sendiri secara baik tanpa perlu terus mendapatkan nasihat peguam.
Sebagai contoh, ketika anda ingin membuat keputusan pembelian hartanah (atau rumah baru anda) anda pastinya memerlukan pengetahuan mengenai:

  • Apakah beza pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold) serta kesannya?
  • Apakah yang dikatakan sebagai hakmilik strata apabila anda membeli hartanah berbilang tingkat seperti apartment?
  • Apakah maksud kategori guna tanah?
  • Dan pelbagai lagi.

Make-believe 'village' across the Park
Make-believe ‘village’ across the Park (Photo credit: Alan Stanton)

Sememangnya anda boleh mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang saya nyatakan di atas, tetapi cuba bayangkan berapa banyak masa yang anda perlukan jika perkara asas pun anda perlu bertanya atau menyemak dengan mereka. Saya fikir anda juga pastinya berasa kurang yakin jika ingin bertanyakan perkara-perkara asas seperti apakah maksud rumah semi-d atau townhouse (hal ini pun mungkin ada yang masih tidak mengetahuinya) dan sebagainya.
Oleh itu adalah sebaiknya anda mengetahui serba sedikit perkara asas mengenai hartanah untuk kebaikan diri anda kerana anda tidak tahu bila anda mungkin memerlukannya.
Jika anda nak tahu pasal panduan membeli rumah, lawatilah TipsHartanah.com

– TH

AirAsia Dan Malindo Bekerjasama?

Indonesia AirAsia Airbus A320 (Photo credit: Wikipedia)
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedang berusaha membincangkan bidang yang berpotensi dilakukan kerjasama dengan pihak berkepentingan Malindo Airways yang baharu ditubuhkan. Bagaimanapun, katanya, persaingan antara AirAsia dan Malindo Airways masih berterusan. AirAsia mempunyai kehadiran yang kukuh di dalam industri serantau bagi menghadapi persaingan.
AirAsia and Malaysia Airlines aircrafts at Kuala Lumpur International Airport. (Photo credit: Wikipedia)

Tanpa diragui, mereka akan bersaing antara satu sama lain. National Aerospace and Defence Industries Sdn. Bhd. (Nadi) dan PT Lion Grup akan membentuk syarikat penerbangan tambang murah Malindo Airways, yang diambang memulakan operasi pada Mei 2013 menggunakan KLIA2 di Sepang. PT Lion Grup adalah syarikat induk Lion Air. Presiden Pengarah PT Lion Grup ialah Rusdi Kirana yang telah melaksanakan tugas yang cemerlang di Indonesia. Malindo Airways merancang menawarkan penerbangan di Malaysia dan Indonesia serta ke Thailand, China, India, Jepun dan Australia. Nadi memiliki kepentingan 51 peratus di dalam Malindo Airways dan bakinya dipegang oleh Lion Grup.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia tidak teragak-agak untuk beroperasi di India jika persekitaran penerbangan dan struktur cukainya mesra dan kondusif bagi operasi syarikat penerbangan tambang murah. Walaupun kerajaan India membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49 peratus dalam sektor penerbangan negara itu, kos mengurus operasi penerbangan di sana masih tinggi berbanding kebanyakan negara maju. Cukai lapangan terbang masih terlalu tinggi, malah kerajaan India mungkin mahu menaikkan cukai, yang memaksa syarikat penerbangan menghentikan operasi ke destinasi tertentu. Pasaran India berpotensi tinggi kerana mempunyai lebih daripada satu bilion penduduk.
AirAsia Airbus A320 in special Manchester United livery (Photo credit: Wikipedia)

Bidang utama yang sentiasa diberikan perhatian oleh AirAsia sebelum meneroka pasaran baharu ialah menurunkan kos. Atas alasan itulah syarikat sekutu AirAsia bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh, AirAsia X, menarik diri dari terbang ke New Delhi dan Mumbai.

– UO

PERODUA Bakal Bangunkan Bandar Mini Automotif Di Rawang

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan membangunkan bandar mini automotif berhampiran ibu pejabatnya di Sungai Choh, Rawang. Ia bakal membabitkan pembangunan kediaman mampu milik daripada teres, apartmen serta rangkaian lot kedai dan pejabat. Sebagai permulaan, kediaman yang dibina dalam projek yang belum dimuktamadkan nilai pelaburannya itu dikhususkan untuk semua peringkat kakitangan yang berkhidmat di kilangnya, sebelum diperluaskan secara beransur kepada pembeli luar. Matlamat utama pembangunan projek itu untuk mengurang dan menyelesaikan masalah kakitangan PERODUA yang tinggal dan menyewa jauh dari kilang dan ibu pejabatnya.

Front-side shot of a first generation, third f...
Front-side shot of a first generation, third facelifted Perodua Kancil, in Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)

Tarik bakat muda

Ia juga bertujuan menyediakan faktor tarikan baru untuk menarik bakat muda, khususnya dalam kalangan eksekutif untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi bersama syarikat pengeluar kereta kedua nasional berkenaan. PERODUA juga berharap projek ini mampu memberi nafas baru dan boleh mewujudkan kesan gandaan dari segi aktiviti ekonomi sama ada peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk Sungai Choh dan kawasan sekitar.

Front-side shot of a first geneacelift (a very...
Front-side shot of a first geneacelift (a very minor one to be precise) Perodua Rusa, in Kajang, Selangor, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)

Manfaatkan kawasan sekitar

Dijangka projek itu apabila dilaksanakan bakal memanfaatkan penduduk sekitar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Sungai Buaya dan Sungai Choh yang menjangkau hampir 100,000 orang. Projek ini masih pada peringkat perbincangan dalaman, manakala konsep dan kaedah serta jumlah unit kediaman yang bakal dibangunkan masih belum dimuktamadkan. Meskipun PERODUA akan membangunkan projek bandar mini automotif itu, ia tidak bermakna syarikat berkenaan menyimpang daripada perniagaan terasnya, iaitu pembangunan dan pengeluaran kereta.

The front of a first generation Perodua Viva (...
The front of a first generation Perodua Viva (EZ), in Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)
Keluarkan struktur bahagian

Sementara itu, PERODUA akan membangun dan mengeluarkan struktur bahagian atas badan kereta untuk modelnya dalam tempoh satu hingga dua tahun ini. Struktur bahagian yang bakal dikeluarkan vendor tempatan yang bertauliah itu, katanya, akan menggantikan struktur sama yang dieksport kumpulan dari Jepun ketika ini. Langkah berkenaan akan mengurangkan kos perbelanjaan syarikat, khususnya tukaran mata wang asing. Ia juga secara tidak langsung mampu meningkatkan peningkatan penggunaan struktur panel yang dihasilkan oleh vendor tempatan.

Front-side shot of a first facelifted Perodua ...
Front-side shot of a first facelifted Perodua Kelisa, in the Golden Triangle, Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)

Tip Membersihkan Anak Patung

anak patung

Tahukah anda, koleksi anak patung yang dimiliki oleh anak-anak anda atau mungkin milik anda sendiri juga sebenarnya boleh menjadi tempat tinggal pepijat. Namun begitu, sekiranya anda membasuhnya sama ada dengan memasukkan ke dalan mesin basuh untuk membasuh mengunakan tangan, bulu yang terdapat pada anak patung tersebut akan berubah struktur. Perubahan yang berlaku pada anak patung pastinya akan menimbulkan kemarahan anak yang melihat mainan mereka sudah bertukar rupa. Menurut Dr. Raymond Tan, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memasukkan anak patung tersebut di dalam peti sejuk iaitu di bahagian sejuk beku semalaman! Kemudian, keluarkan semula anak patung tersebut dan vakumnya. Pepijat dan juga organisma lain yang sudah mati seterusnya mudah disedut keluar dan disingkirkan daripada anak patung tersebut.

Orang Jujur Lebih Sihat?

Bagi mendapatkan tubuh yang sihat, pastikan anda lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, melakukan senaman secara rutin serta tidak bercakap bohong! Menurut penyelidikan di Amerika Syarikat, orang yang bersikap jujur memiliki tahap kesihatan yang lebih baik dari sudut mental dan juga fizikal. Penyelidikan oleh Anita Kelly, pakar psikologi dari Notre Dame menyatakan apabila kurang berbohong, anda mampu mencapai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi. Berbohong bukan sahaja boleh menyebabkan stress dan tekanan, malah mampu memicu kepada keretakan sesebuah hubungan.