Google Doodle: Merdeka 55


Merdeka!
Itulah laungan keramat yang dilaungkan oleh Perdana Menteri negara yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Bak yang kecil hinggalah dewasa semua mengerti maksud perkataan ini. Tahun ini genaplah 55 tahun negara Malaysia bebas daripada penjajahan British yang mana merupakan penjajah terakhir bertapak di muka bumi bertuah ni. Syukurlah negara masih lagi dalam keadaan makmur sejahtera, tiada bencana besar berlaku seperti taufan atau gempa bumi yang melanda beberapa negara baru-baru ini. Sambutan tahun 2012 ini diadakan di Dataran Merdeka pada awal pagi dan bersambung pula di Stadium Nasional Bukit Jalil pada waktu malamnya.
Google Doodle
Seperti tahun lepas juga, pihak Google juga tidak ketinggalan meraikan sambutan hari kemerdekaan ini secara tidak langsung menerusi enjin carian utamanya. Perkataan Google yang biasa tertera di tengah telah digantikan dengan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Jika klik pada bunga tersebut akan dipaparkan hasil carian berdasarkan tema kemerdekaan. Ini adalah sebahagian projek Google Doodle yang mengubah perkataan Google asal kepada tema-tema tertentu mengikut negara. Secara tidak langsung menjadikan laman utama Google ini kelihatan menarik dan berwarna-warni seperti perkataan Google itu sendiri. Senarai koleksi Doodle yang lepas boleh dilihat di pautan http://www.google.com/doodles 

Nuffnang: Status Glitterati

Salam sejahtera,

Setelah sekian lama sertai Nuffnang ni, akhirnya dapat juga status VIP. Apa dia? Status Glitterati laa… Dengan mendapat status ini, peluang seterusnya untuk mendapatkan pendapatan dari iklan dengan lebih tinggi adalah cerah. Pada bulan raya ni la dapat status idaman semua blogger yang sertai Nuffnang. Beberapa hari lepas, log masuk akaun Nuffnang seperti biasa, tahu-tahu di sudut atas kanan tertera Glitterati. Yahoo!

Apa itu Glitterati?

Kalau tak tahu Nuffnang tu apa tak payah baca. Kalau dah tau sila teruskan…

Glitterati merujuk kepada ‘keahlian eksklusif’ ahli blogger Nuffnang yang mana blog mereka telah menepati syarat yang dikehendaki iaitu:

“TIADA iklan dari rangkaian syarikat iklan dari Asia Tenggara (SEA), menyebut mengenainya, atau ada pautan (link) kepadanya. Juga TIADA iklan dari rangkaian syarikat lain yang mana Nuffnang rasakan sebagai pesaing dalam blog ahli.”

Itu syarat utama. Ahli biasa akan bertukar ke status ini secara automatik asalkan patuh kepada syarat di atas tadi. Status Glitterati juga boleh hilang jika langgar syarat ini. Katakan tetiba status ditarik balik, boleh hubungi mereka untuk tanya sebab. Sebab yang biasa terjadi adalah artikel yang ada pautan iklan lain, cuba cek balik lagi-lagi kalau salin dari laman web orang lain.

Jika bersih dari iklan syarikat lain, korang akan jadi ahli kelab secara automatik dalam tempoh seminggu tetapi kalau ingkar laju je korang kena buang dalam tempoh 4 hari je… Kelebihan menjadi ahli komuniti Glitterai Nuffnang ni? Nak tau? Kena baca artikel seterusnya. Jumpa lagi… 🙂

Tawaran dari MAS sempena Merdeka 55!

Sila baca jika anda kaki terbang… eh bukan, yang selalu naik kapal terbang la… Sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55, syarikat penerbangan ulung negara iaitu Malaysian Airlines (MAS) menawarkan harga istimewa RMxx55 untuk SEMUA penerbangan ke beberapa destinasi seperti yang tertera di laman webnya.

Tawaran adalah terhad sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-55 tahun yang mana tawaran telah pun bermula dan berakhir 31 Ogos 2012. Pembeli bolehlah tempah sekarang sehingga hujung bulan Ogos 2012. Tiket yang boleh didapati adalah untuk penerbangan dari tarikh 2 September sehingga 7 November 2012 asalkan menempah tiket dalam tempoh promosi. Hanya pilih destinasi yang diingini dan kelas penerbangan sama ada kelas perniagaan atau ekonomi.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MAS atau klik pautan di bawah:
Ingat! Tawaran berakhir 31 Ogos 2012.

FIFA Soccer 13 bakal muncul di pasaran!

Dah tengok video di atas? Itu sebahagian dari pratonton edisi seterusnya untuk siri francais FIFA keluaran studio Electronic Arts (EA) di Kanada. Kelihatannya beberapa perubahan enjin permainannya yang bakal mengubah revolusi kepintaran buatan (AI) serta beberapa penambahbaikan dari edisi terdahulu. Inovasi yang diketengahkan termasuk:-
  • Kawalan penguasaan bola.
  • Lebih kebebasan dan kreativiti semasa menyerang.
  • Enjin impak pemain lebih baik.
  • Sentuhan pertama yang lebih menarik.
  • Skil gelecek lebih sempurna.
  • Sepakan percuma taktikal.
  • Pemain mampu menyerang dengan pintar.

Berikut beberapa screenshot menarik dari permainan tersebut:
El Clásico: Real Madrid vs Barcelona

Ibrahimovic bukan sudah pindah kelab?

Man. City sama hebat dengan Arsenal

Dijangka permainan ini berada di pasaran mulai 25 September 2012 menurut laman web rasminya. FIFA Soccer 13 terdapat dalam beberapa platform permainan iaitu:
  • Nintendo 3DS
  • PC
  • PC Download
  • PlayStation 2
  • PlayStation 3
  • PlayStation Portable
  • Wii
  • Xbox 360
Kepada peminat salah satu permainan popular EA Sports ini, anda pasti tidak sabar menunggu bukan? Ikuti perkembangan terkini di laman web: http://www.ea.com/fifa-soccer-13 

Tukar ke Astro E-Billing dan menang iPad!

Tengok tajuk di atas apa kaitannya antara kedua-duanya? Adakah Astro ada ‘share’ dengan Apple?

Ia berkaitan kempen terbaharu dari Astro yang mana mereka ingin memberi ganjaran kepada pelanggan mereka yang membantu menyelamatkan pokok-pokok! Bagaimana tu? Teruskan membaca…
Daftarlah perkhidmatan eBilling terbaharu mereka – anda boleh menghentikan penggunaan mel tradisional iaitu penggunaan kertas selama ini dan anda akan selesa dengan sistem e-rekod bil anda ini. Akses kepada rekod anda adalah percuma dan anda boleh membantu memulihara alam sekitar juga! Dengan e-bil terbaharu Astro, pengalaman pembayaran bil anda adalah lebih selesa dan mudah.
Apa lagi? Anda juga berpeluang memenangi iPad. Mereka memberikan 150 iPad baharu kepada pendaftar baharu – yang mana 5 iPad akan diberikan setiap hari! Jadi, jangan berlengah lagi dan daftarlah hari ini.
Tempoh peraduan Daftar Astro e-Billing Dan Menang iPad: 16 Ogos – 14 September 2012.
Panduan membuat pendaftaran ke Astro e-Billing:-
Langkah 1:
Daftar masuk ke www.astro.com.my untuk menyambungkan akaun Astro anda secara dalam talian.
Langkah 2:
Isikan maklumat anda di bahagian ‘ Register Here ’ dan klik “Register”.
Langkah 3:
Pilih pilihan e-Billing yang anda mahukan sama ada Web atau e-mel.
Enhanced by Zemanta