Mari Mencuba Windows 8 Consumer Preview

Salam sejahtera semua.
Seperti yang diketahui, Microsoft telah mengeluarkan Windows 8 Consumer Preview kepada pengguna biasa di seluruh dunia. Jutaan muat turun direkodkan setakat ini dan sistem operasi generasi seterusnya ini terdapat dalam versi 32-bit dan 64-bit serta terdapat dalam beberapa bahasa (bahasa Malaysia tiada). Jika anda belum mencubanya, sila lawati laman web rasmi Microsoft untuk muat turun tetapi pastikan anda mempunyai talian Internet yang laju atau gunakan pengurus muat turun agar dapat berhenti & sambung untuk beberapa hari/jam.

Menu Start stail Metro

Saya telah memasang Windows 8 32-bit dalam komputer riba Compaq CQ42 (Intel Pentium Dual Core) yang mempunyai RAM sebanyak 2GB, setakat ini semuanya dalam keadaan baik dan lancar, mungkin kerana belum memasang sebarang perisian di dalamnya. Internet Explorer 10 yang tersedia juga tidak menghampakan, mungkin bakal merampas kembali carta pelayar web utama lain. Antaramuka Metro UI sedikit mengelirukan pada mulanya, jika sudah biasa pasti tiada masalah. Namun bagi pengguna biasa mungkin kelihatan sukar kerana mahu Shutdown pun tidak tahu di mana.

Paparan desktop tiada beza dengan Windows 7

Pada hujung tahun 2011 mungkin akan dilepaskan versi penuh Windows 8. Malah pada tahun hadapan lebih banyak Windows 8 64-bit digunakan kerana lebih banyak komputer baru menggunakan RAM sebesar 4GB atau lebih. Saya sendiri telah memasang 2 keping RAM 4GB, satu setiap slot, bermakna jumlah RAM 8GB pada PC desktop yang baru saya beli bulan Mac 2012. Ketika ini Windows 7 64-bit telah dipasang pada PC saya, tidak lama lagi Windows 8 CP 64-bit pula bakal dipasang.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s