Langkah mewujudkan keyakinan diri

Kadang kala, kita selalu rasa kurang yakin dgn diri sendiri. Apatah lagi ketika berhadapan dgn kelompok manusia yg kita rasakan masih asing bg kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dgn mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini ada beberapa tips & petua utk kita meningkatkan keyakinan diri:-

1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama spt orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yg ada pada diri anda, anda baikinya.

3. Jangan takut-takut atau teragak-agak utk melakukan sesuatu yg positif.

4. Elakkan perasaan malu yg tidak bertempat.

5. Lakukan riadah ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai ‘warm up‘ dapat mengaktifkan diri seseorang.

6. Kemaskan diri & anggaplah diri adalah yg terbaik pada hari itu.

7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka & mata orang yg kita sedang  berinteraksi & gunakan sedikit pergerakan tangan utk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jgn memikirkan masalah tetapi fikirkan hasil yg akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.

9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dlm melaksanakan sesuatu tugas.

10. Berdoa kpd Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.

Insya-Allah anda akan dpt menilai betapa berharganya diri anda. Sesungguhnya anda ialah insan yg mulia & cemerlang. Insan yg mulia & cemerlang mempunyai potensi & setiap potensi harus diusahakan utk mendapatkan hasilnya!

– Artikel iluvislam.com