Manusia empat mata

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga cermin mata baharu. Setelah menunggu beberapa hari untuk disiapkan, dapat juga dipakai di mukaku. Jadilah manusia empat mata wakaka…

Apabila bingkai cermin mata lama patah, baru la tersedar akan kepentingan menjaganya. Tapi biasa la mula-mula bukan main jaga, lama-lama macam tak berapa kisah sangat. Cermin mata baharuku agak menarik, ramai member kata lawa, stailo. Dengan bingkai separuh, warna kelabu dilapisi besi, “wow nampak mahal”, ada seorang kawan tu kata. Siap ada apa entah kat tepi, boleh tolak-tolak. Sekurang-kurangnya dapat la yang cantik dan terang. Bila cek rupanya power makin naik maklum la cermin lama tu lebih 5 tahun berjasa kepadaku. Cuma beberapa kali tukar bingkai sebab patah. Huh!

Advertisements

KL Symbian Stammtisch

Symbian Stammtisch adalah satu perjumpaan tidak rasmi untuk mereka yang berminat dan ingin menjadi sebahagian komuniti Symbian. Terdapat beberapa topik berkaitan Symbian yang akan dibincangkan ketika itu. Setiap hasil perbincangan akan dihantar kepada pihak Symbian Foundation. Jika idea anda bernas mungkin akan diambil tindakan susulan agar Symbian itu sendiri dapat dimantapkan lagi. Antara tujuan perjumpaan ini ialah mendapatkan maklum balas & juga idea daripada pembangun, pengguna dan dapat menyelesaikan masalah-masalah bersama-sama sebagai satu komuniti.

Perkataan ‘Stammtisch’ berasal daripada Jerman. Maksudnya lebih kurang seperti perenggan di atas. Kebiasaannya berlangsung di kota London. Buat julung kalinya, ia telah diadakan di luar London iaitu di kota Kuala Lumpur disusuli dengan beberapa bandar lain di dunia.

Bla… bla… bla…

Assalamualaikum w.b.t.

Lama juga rasanya tak kemaskini blog ku ini. Jadi, ini posting pertama utk tahun 2010. Wow lama gak offline, tak update. Kali ini aku nak gebang pasal acara terbaru yang aku sertai di bandar KL iaitu KL Symbian Stammtisch. Macamana mau sebut terpulang la korang ye… Acara itu dah berlaku kelmarin, tapi saja nak heboh kat sini. Lihat artikel seterusnya…