Petua sebelum berbelanja

Sebelum memasang angan-angan untuk berbelanja, baiklah kita tanamkan dulu tabiat – fikir dulu sebelum membeli. Ikuti panduan di bawah untuk membantu anda mengawal tabiat membeli-belah:-

  • Apakah saya benar-benar memerlukannya?
  • Adakah barang itu sudah saya miliki sebelum ini?
  • Berbaloikah memiliki barang itu?
  • ‘Matikah’ jika saya tidak memilikinya?
  • Adakah harganya berpatutan dengan kualiti?
  • Bolehkah barang itu digunakan dalam tempoh yang lama? Berapa kerap saya akan gunakan?
  • Tempoh jangka hayat?
  • Sesuaikah saya melaburkan sejumlah wang untuk barang itu? Bolehkah saya membelinya pada masa akan datang?

Panduan menjadi insan yang tidak boros:-

  • Biasakan diri untuk tidak membawa kad kredit & kad ATM apabila ingin keluar berbelanja.
  • Bawa sejumlah wang saja yang diperlukan untuk membeli barang keperluan.
  • Senaraikan barang mengikut keperluan utama untuk dibeli.
  • Teliti barang yang ingin dibeli dengan mengambil kira kepentingan & faktor keperluan sebelum membuat keputusan membeli.
  • Buatlah penilaian harga dengan kualiti barangan. Lebih baik tunggu hingga jualan murah jika barang itu lebih berbaloi dibeli ketika itu.
Advertisements