Panduan keselamatan elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengingatkan pengguna barangan elektrik khasnya & orang awam supaya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dengan mengamalkan panduan berikut:-

Peralatan elektrik

– Uji pemutus litar bocor ke bumi (ELCB).
– Elakkan memasang pelbagai peralatan elektrik pada satu soket.
– Jangan menyambung wayar menggunakan pita atau pelekat PVC.
– Uji peralatan elektrik yang disimpan lama sebelum menggunakannya.
– Gantikan palam yang pecah & pengalir yang sudah uzur penebatnya.
– Elakkan daripada bermain di bawah menara atau tiang elektrik.
– Ketahui kaedah CPR untuk menyelamat mangsa kejutan elektrik.

Peralatan elektrik pengguna

– Pastikan anda tidak menyentuh suis atau alat elektrik dengan tangan yang basah atau lembap.
– Pastikan suis utama dimatikan jika berlaku banjir & anda diarahkan untuk berpindah.
– Pastikan perkakasan elektrik yang terendam di dalam air diperiksa & diuji terlebih dulu oleh kontraktor elektrik sebelum digunakan semula.

Pepasangan TNB

– Jika dawai elektrik yang terputus atau tiang elektrik tumbang, pastikan anda tidak menghampiri tempat berkenaan.
– Jangan cuba mengalihkan dawai elektrik yang terputus dengan tangan atau alat yang boleh mengalirkan arus elektrik.
– Jangan hampiri kawasan lopak air yang terdapat dawai elektrik yang terputus kerana air boleh mengalirkan arus elektrik serta besar kemungkinan dawai elektrik itu masih hidup.
– Pastikan anda sentiasa mengawasi gerak-geri anak anda agar tidak menghampiri pepasangan TNB seperti tiang elektrik, peti pembekal (feeder pillar) & pencawang elektrik.
– Pastikan anda melaporkan segera ke pejabat TNB yang berdekatan atau menghubungi 15454 jika ada sebarang kerosakan pada pepasangan TNB.