Menyimpan lebih baik daripada meminjam

Apa juga keputusan anda, sama ada menerima, menolak ataupun tidak kisah, anda sebenarnya sudah membuat keputusan. Begitu juga dengan maklumat yang disebarkan, anda boleh menerima atau menolaknya kerana anda berhak mencabar sebarang maklumat yang difikirkan kurang bersesuaian ataupun tidak selari dengan nada pemikiran anda. Tindakan anda itu sesuatu yang harus dipuji kerana dalam dunia maklumat tanpa sempadan, anda perlu bijak menyaring maklumat & tidak menerimanya bulat-bulat. Dalam erti kata lain, tidak mudah percaya apa yang didengar, dilihat & dibaca kecuali penjelasannya jelas & boleh diterima akal. Apa pun reaksi anda, ini menandakan ramai yang sudah celik pelaburan & membuat perancangan sendiri mengenai tabungan ataupun simpanan masing-masing.

Sama ada mereka membuat pinjaman bagi memastikan adanya ‘disiplin paksa’ yang akan terus mengikat mereka untuk menyimpan ataupun menyimpannya sendiri secara sedikit demi sedikit setiap bulan dengan harapan ia akan berkembang dalam suatu tempoh tertentu, ia satu perkembangan baik. Tidak dinafikan ramai yang membuat pinjaman untuk membuat pelaburan kerana dengan cara itu mereka mempunyai modal pelaburan yang besar dibandingkan jika mereka menyimpan sedikit demi sedikit. Jika modal permulaan besar, sudah tentu pulangannya besar, misalnya anda membuat pinjaman RM100,000 untuk dilaburkan dalam mana-mana saham amanah. Jika pulangan tahunannya adalah 10% & dilabur selama 5 tahun, pelaburan anda itu akan berkembang hampir RM420,000. Jumlah ini dikira secara kumulatif di mana pulangan tahunan itu dilaburkan semula.

Jika anda menyimpan sendiri, anda hanya perlu menabung RM1,000 sebulan selama 15 tahun dalam instrumen pelaburan yang memberi pulangan sama. Manfaatnya, anda tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan yang memberikan pinjaman & sekiranya berlaku kegawatan ekonomi yang menyebabkan anda tidak mampu membuat pembayaran balik, wang anda tidak hangus begitu saja sekiranya pelaburan anda itu dijual semula. Risikonya apabila anda membuat pinjaman adalah sekiranya anda tidak mampu membayar balik pinjaman terutama apabila jumlah pinjaman anda itu besar. Pada beberapa tahun pertama, bayaran pinjaman anda itu hanya untuk servis kadar faedah sedangkan pinjaman pokok masih lagi belum terusik. Sebagai pelanggan, anda memberi perniagaan kepada institusi, tetapi pelaburan itu masih lagi bukan hak mutlak anda.

Satu perkara yang perlu diingat, selagi belum melangsaikan pinjaman, pelaburan itu walaupun menggunakan nama anda masih lagi milik institusi kewangan. Mungkin ada institusi kewangan yang membolehkan anda mengeluarkan dividen ataupun bonus tetapi apa kata berlaku kegawatan yang menyebabkan anda tidak mampu membayar semula? Institusi kewangan akan menjual semula pelaburan anda itu & ada kemungkinan anda hanya mendapat sebahagian saja jumlah pembayaran bulanan anda itu. Satu lagi yang perlu anda pertimbangkan adalah kadar pulangan yang mampu dijana oleh pelaburan, juga kadar asas pinjaman secara keseluruhan. Sekiranya kadar asas pinjaman & kadar faedah dikenakan keseluruhannya 6.75% & pelaburan anda itu pula memberikan pulangan 10%, anda masih lagi mendapat sedikit keuntungan.

Dengan nilai pelaburan sama RM100,000 selama 15 tahun dengan kadar pinjaman (kadar pinjaman asas + kadar faedah semasa) jumlah pembayaran semula yang perlu anda lunaskan pada institusi kewangan dianggarkan berjumlah RM266,000. Jika pelaburan anda itu memberi pulangan 10% setahun, untung bersih anda adalah RM154,000. Untuk mendapat pulangan pelaburan RM420,000 dengan kadar pulangan 10% setahun, anda hanya perlukan modal pelaburan awal RM100,000 yang dilaburkan selama 15 tahun. Bagi yang ingin menyimpan secara bulanan pula hanya RM1,000 saja diperlukan. Fikirkanlah yang mana lebih menguntungkan!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s