Insurans perlu dalam perancangan kewangan

Semua orang yang memiliki kenderaan tahu tentang insurans kerana ianya wajib bagi semua kenderaan & menjadi kesalahan jika kenderaan digunakan tanpa insurans. Bagaimanapun masih ramai yang tidak begitu mengetahui tentang produk insurans lain seperti insuran hayat (kematian), kemalangan, rawatan penyakit kritikal, hilang upaya kekal, hartanah & lain-lain. Suatu ketika dahulu orang Islam menjauhi produk insurans kerana ia difatwakan haram. Mereka menubuhkan syarikat khairat kebajikan sebagai organisasi untuk membantu ahli apabila berlaku kematian, kemalangan atau untuk membantu ahli menganjurkan majlis kenduri kahwin & sebagainya.

Bagaimanapun, sekarang terdapat produk insurans takaful yang konsep & operasinya selaras dengan syariat Islam & diterima oleh Majlis Fatwa Agama Islam. Konsep asasnya ialah wang bayaran premium yang dipecahkan kepada 2 iaitu wang pelaburan & tabaruk (derma ikhlas bertujuan kebajikan). Peruntukan tabaruk adalah sumbangan ahli kepada ahli yang ditimpa kemalangan melalui konsep tolong-menolong sesama ahli. Sementara wang pelaburan adalah milik pembeli insurans & akan dipulangkan bersama keuntungan pelaburan apabila sampai tempoh matang. Dengan adanya insurans takaful yang mematuhi kehendak syariah, pembelian insurans di kalangan orang Islam meningkat tetapi kadarnya masih rendah berbanding dengan kaum lain.

Isu penting yang perlu difikirkan ialah apakah kita perlu membeli insurans perlindungan. Terdapat pelbagai produk insurans yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan seperti perlindungan kebakaran, kemalangan, perubatan, kematian, kecurian & sebagainya. Melalui pembelian insurans takaful, wang tabarruk yang anda kumpulkan bersama orang lain untuk membantu mereka yang malang & jika anda ditimpa kemalangan maka wang tabarruk itu akan diberikan kepada anda atau tanggungan anda. Katakan anda ada membeli takaful manfaat kematian sebanyak RM50,000 & ditakdirkan anda meninggal dunia maka tanggungan anda (anak, isteri atau ibu yang sudah tua yang anda namakan) akan mendapat wang tabarruk untuk membantu menyara hidup mereka. Ini adalah sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w.: “Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta,” hadis riwayat Imam Bukhari.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s