Membersih & mengemaskini fail komputer

Kali ini, anda akan diketengahkan antara langkah yang perlu dilaksanakan bagi membersih dan mengemaskini fail dalam sistem komputer peribadi (PC) bagi memastikan operasi aplikasi komputer atau Windows (program) dapat berjalan dengan cekap, lancar serta cepat. Ia membabitkan aktiviti mengemaskini fail yang tidak diperlukan di dalam ruangan cakera PC pemilik. Pada peringkat awal, antara langkah yang perlu dilakukan ialah membuang fail tidak diperlukan ke dalam Recycle Bin, diikuti membuang fail sementara, pembersihan cakera dan diakhiri dengan proses penyusunan fail di dalam cakera keras (menerusi aplikasi Disk Defragmenter).

Apabila fail yang tidak diperlukan sudah dibuang daripada cakera keras, ia (fail) akan dihantar ke Recycle Bin dan ditempatkan ke destinasi simpanan sementara bagi membolehkan pemilik komputer mengenalpasti sama ada fail itu perlu dihapuskan atau untuk ditempatkan semula ke lokasi asalnya. Jika masih ada fail yang diperlukan, ia boleh ditempatkan semula ke lokasi asal dengan memilih Restore pada fail itu. Apabila fail itu tidak diperlukan, klik di sebelah kanan tetikus dan kosongkan Recycle Bin menerusi pilihan Empty Recycle Bin. Saranan kepada pemilik PC ialah proses itu perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan kecekapan operasi komputer. Fail sementara yang ditinggalkan selepas penggunaan program, boleh dibuang daripada segmen Temporary Internet Files dengan memilih butang ‘delete files‘ daripada ruangan Tools, disusuli pemilihan ruangan Internet Options. Kemudian, kita boleh meneruskan proses pembersihan cakera yang akan membuang komponen Windows, program dan fail sementara yang tidak diperlukan dengan pergi ke menu Start yang diikuti klik pada Programs, Accessories, System Tools dan pilih Disk Cleanup.

Selepas fail yang tidak diperlukan dihapuskan, adalah disarankan untuk menyusun semula struktur sistem fail yang berselerak di dalam cakera keras bagi memastikan aktiviti pencarian program dapat dilakukan dengan lebih lancar dan mudah pada masa depan. Ini membabitkan membuka menu Start, diikuti dengan Programs, Accessories, System Tools dan klik Disk Defragmenter. Proses ini mungkin memakan masa sehingga beberapa jam bergantung kepada kaedah proses penyusunan semula itu dilaksanakan, di samping memerlukan ruangan kosong PC sebanyak 15%.

Advertisements

Pembiayaan Pendidikan-i Al-Falah

Pembiayaan bagi membolehkan orang ramai menjelaskan pelbagai perbelanjaan pendidikan seperti yuran pengajian, kos sara hidup & membeli buku.

Konsep: Bai Al-Inah

Kelayakan:

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas hingga 60 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).
-Pemohon mempunyai hubungan kekeluargaan atau penjaga yang sah.
-Pelajar yang bekerja & berpendapatan tetap boleh memohon sendiri.

Had pembiayaan: Maksimum RM50,000

Tempoh pembiayaan: Maksimum 10 tahun (tidak termasuk tempoh tangguhan).

Jenis kursus yang dibiayai:

-Sepenuh masa/separuh masa & pos.
-Dalam & luar negeri.
-Profesional, akademik, teknikal & vokasional.

Tahap pengajian:

-Doktor Falsafah
-Ijazah & ijazah lanjutan
-Diploma
-Sijil kemahiran

Penjamin:

-Jika pemohon kakitangan kerajaan, pelajar disyaratkan sebagai penjamin.
-Jika pelajar kakitangan kerajaan (bekerja), tanpa penjamin.
-Jika pemohon kakitangan swasta, seorang penjamin berkelayakan bersama pelajar.
-Jika pelajar kakitangan swasta, seorang penjamin berkelayakan.

Kos yang dibiaya: Yuran pendaftaran masuk, peperiksaan, makmal, syarahan, kos sara hidup, buku dan peralatan, penempatan, pakaian, & tiket kapal terbang (luar negeri sahaja).

Deposit sekuriti: Bersamaan 3 bulan ansuran

Takaful: Pilihan pelanggan

Keputusan peperiksaan: Pelajar dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan setiap semester kepada bank.

Setiap pelaburan ada risiko

Apabila membuat pelaburan, ada yang berasa bimbang wang dilaburkan itu lesap ataupun tidak mendapat keuntungan seperti yang diharapkan. Itu memang tidak dinafikan kerana sudah menjadi adat pelaburan, ada yang memberikan pulangan menarik & ada juga yang rugi. Kerugian ini yang menakutkan banyak pihak & mereka lebih rela meletakkan wang mereka dalam akaun simpanan biasa meskipun mengetahui pulangannya tidak seberapa. Banyak pertanyaan mengenai risiko pelaburan khususnya bagi yang berminat untuk melabur dalam saham amanah. Diandaikan pelaburan ini umpama membuka restoran. Sebelum dapat mengaut pulangan, pemilik restoran berkenaan pastinya perlu mengeluarkan wang dulu untuk menyediakan segala kelengkapan seperti menyewa bangunan bersesuaian, menyediakan dapur & peralatan memasak, pinggan mangkuk, tukang masak, pelayan, & bahan-bahan masakan.

Kebiasaannya, dalam tempoh 6 bulan ataupun tahun pertama masih lagi belum pulang modal. Jika restoran itu unik & menyajikan makanan yang sedap mungkin kurang daripada 2 atau 3 tahun, pemiliknya sudah boleh tersenyum kerana sudah mendapat semula modal pelaburan, tetapi bagi yang baru mula berjinak-jinak & kurang pengalaman berniaga mungkin mengambil masa lebih lama. Begitu jugalah sekiranya anda melabur dalam saham amanah. Risikonya memang ada, namum ia adalah jenis risiko yang boleh diurus. Risiko boleh diurus ini bermaksud pengurus dana akan mengambil segala langkah perlu bagi mengurangkan risiko pelaburan & caranya adalah dengan mengagihkan pelaburan itu dalam beberapa portfolio. Portfolio pelaburan ini termasuklah bon, bil perbendaharaan kerajaan, simpanan tetap, gugusan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau luar negara.

Pemilihan pelaburan dalam syarikat ini akan ditentukan oleh pengurus dana profesional yang akan membuat kajian teliti mengenai sesebuah syarikat yang ingin dilaburkan. Ia bukan dibuat sembarangan. Hanya syarikat yang kukuh & berpotensi saja menjadi pilihan. Kepelbagaian pelaburan dalam amanah saham ini menjadikan ia pilihan pelaburan digemari ramai terutama bagi masyarakat luar negara. Di Amerika Syarikat (US) saja industri saham amanahnya menguasai lebih 40% pasaran modal negara berkenaan, India 30% manakala Malaysia baru saja berkembang dan menguasai hanya kira-kira 14%. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa pelaburan saham ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang risiko jika pelabur mempunyai masa. Masa adalah faktor utama yang menentukan pelaburan itu berisiko atau tidak. Ia akan menjadi berisiko apabila pelabur tidak mempunyai masa kerana pelaburan dalam saham amanah ini adalah untuk jangka masa panjang, sekurang-kurangnya mempunyai masa antara 3-5 tahun.

Tidak dinafikan ada pelaburan dalam saham amanah ini tidak membuahkan hasil yang dijangkakan. Sehubungan itu, sebelum membuat pelaburan, harus dibuat kajian & penyelidikan terlebih dahulu. Sebaiknya dapatkan maklumat lanjut berkenaan sesuatu jenis dana yang ingin dilaburkan. Jangan mudah terpedaya dengan slogan tertentu kerana secara umumnya mana-mana institusi pengurusan dana di negara ini menawarkan mempunyai kelebihan & keistimewaannya sendiri. Sebagai pelabur, anda perlu membuat pilihan bijak. Umumnya industri pelaburan saham amanah di negara ini mampu memberikan pulangan antara 10-15% setahun. Seandainya anda melabur RM100,000 dalam tempoh 5 tahun, ada dana yang mampu memberikan pulangan lebih 100%! Bagaimanapun, pemilihan dana ini bergantung pada faktor usia & profil risiko yang mampu ditangani pelabur berkenaan.

Setiap pelabur mempunyai profil risiko yang berbeza. Ada yang agak konservatif & kebiasaannya dana yang ditawarkan untuk mereka juga adalah dana konservatif (berisiko rendah). Sementara yang sederhana akan ditawarkan dana seimbang, manakala yang sukakan cabaran akan ditawarkan dana agresif. Namun perlu diingat, tahap risiko pelaburan dana amanah ini berkait rapat dengan pulangan pelaburan. Lebih tinggi risikonya lebih tinggi pula pulangannya. Bagi perunding kewangan berpengalaman, mereka akan merangka beberapa strategi pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan pelabur. Justeru, sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda pelu bijak memilih institusi pengurusan dana serta perkhidmatan nilai tambah (add-ons) yang ditawarkan & profesionalisme rundingannya. Pastikan wang anda itu berada dalam tangan yang terbaik.

Penghawa dingin kereta perlu diperiksa & diservis dengan kerap

Bilakah penghawa dingin (air-cond) kereta perlu diservis & apakah kesan sampingan jika ia tidak pernah diservis?

Seperti penyelenggaraan berkala kenderaan, penghawa dingin kenderaan juga mempunyai jadual penyelenggaraan tertentu mengikut spesifikasi kenderaan yang ditetapkan oleh pengilang. Ia bertujuan untuk memastikan keselesaan & kesihatan pemandu serta penumpang. Sama seperti kereta penumpang biasa jadual penyelengaraan yang disarankan adalah setiap 18 bulan atau 20,000 ke 30,000 kilometer perjalanan. Tujuan penyelenggaraan ini adalah untuk memastikan supaya sistem penghawa dingin ini sentiasa beroperasi dengan baik & sempurna, di samping itu juga penyelenggaraan ini adalah penting untuk memastikan kesihatan pemandu serta penumpang. Penghawa dingin yang kotor akan menghasilkan habuk serta bakteria yang tidak sihat & ini akan mendatangkan kesan kepada pesakit yang menghidapi asma terutamanya pada kanak-kanak serta mereka yang telah berusia.

Kadangkala ia juga merbahaya kepada mereka yang sensitif atau alah pada habuk yang akan menyebabkan kegatalan pada kulit terutamanya pada bahagian muka. Pada mereka yang menghidap resdung kemungkinan diserang selesema adalah tinggi. Penghawa dingin kenderaan akan cepat menjadi kotor jika dibandingkan dengan penghawa dingin di rumah atau pejabat kerana keluasan dalaman kenderaan yang terhad serta komponen penyejukan yang hampir dengan alas lantai. Habuk serta kotoran yang ringan akan disedut terus dari pelapik kaki & tempat duduk terus ke gelung penyejuk atau ‘cooling coil‘ menerusi kipas (blower motor) ketika udara serta habuk ini melalui celah-celah cooling coil. Seterusnya habuk tersebut akan terlekat pada permukaan dinding serta liang cooling coil kerana permukaannya sememangnya berkeadaan lembap disebabkan aktiviti gas penghawa dingin yang berada dalam cooling coil tersebut.

Lama-kelamaan kotoran ini akan menghakis permukaan cooling coil & akan menyebabkan kebocoran gas penghawa dingin dalam kenderaan. Proses servis penghawa dingin ini akan melibatkan beberapa komponen penghawa dingin termasuk pembersihan kipas (blower motor fan), cooling coil, motor pemampat tekanan (air-cond compressor), dan juga penukaran pada injap gas (expansion valve) & penapis gas (receiver dryer). Kebanyakan pengguna melakukan kesilapan dengan beranggapan sistem penghawa dingin ini hanya perlu diservis apabila ia tidak sejuk lagi. Sebenarnya bila sistem penghawa dingin ini tidak sejuk lagi bermakna sudah ada komponen yang rosak atau bocor & ini tidak lagi boleh dianggap sebagai proses servis tetapi adalah proses pembaikan dan bila pembaikan dilakukan kosnya adalah lebih tinggi dari proses penyelenggaraan.

Oleh itu, anda perlu selalu mengikut atau meneliti jadual penyelenggaraan yang dinasihatkan. Paling penting ialah melakukan penyelenggaraan atau pembaikan di bengkel yang bertauliah serta diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan memastikan bengkel mereka memiliki sijil pengiktirafan. Gas penghawa dingin yang dibenarkan adalah dari jenis R134A. Lakukan pembersihan penghawa dingin dengan lebih kerap jika anda selalu menggunakan kenderaan ini dalam pemanduan di bandar & sentiasalah utamakan kesihatan dan keselamatan anda serta penumpang yang lain.

Pembiayaan Perumahan Rakyat

Kami bukan sekadar memberi harapan, kami menunaikan impian anda

Pembiayaan Perumahan Rakyat
Membantu anda memiliki rumah idaman

Ingin memiliki kediaman sendiri tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap? Tidak mempunyai penyata gaji? Kini dengan Pembiayaan Perumahan Rakyat daripada Bank Simpanan Nasional & Bank Islam, impian anda akan menjadi kenyataan. Pembiayaan yang diperkenalkan khusus untuk golongan seperti petani, nelayan & peniaga-peniaga kecil yang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri tetapi tidak bekelayakan untuk mendapat pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan. Dengan Pembiayaan Perumahan Rakyat, harapan kini menjadi kenyataan.

Kelayakan permohonan

-Pemohon tiada rekod pendapatan tetap.
-Pemohon berumur antara 18-60 tahun.
-Pembiayaan rumah pertama untuk kediaman sendiri sahaja.
-Pembiayaan hanya terhad keapda rumah kos rendah & sederhana.

Ciri-ciri pembiayaan

-Jumlah pembiayaan sehingga RM60,000*.
-Pembiayaan sehingga 100% pada Kadar Pembiayaan Asas (KPA/BLR) + 0%.
-Tempoh pembayaran sehingga 40 tahun.
-Pilihan pembiayaan berdasarkan konsep Syariah atau konvensional.

*Kelayakan permohonan & ciri-ciri pembiayaan adalah tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk merealisasikan impian anda, sila hubungi mana-mana cawangan bank berikut:

Bank Islam (BIMB)
Tel: 03-2690 0900
Laman web: http://www.bankislam.com.my/

Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank Komuniti Anda
Tel: 03-2142 5258
Laman web: http://www.bsn.com.my/