Menguruskan fail dalam komputer

Bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia teknologi maklumat (IT) pasti berdepan dengan pelbagai kekeliruan untuk mengendali & menguruskan kelengkapan digital yang begitu cepat kemajuannya. Menyedari hakikat itu, kita akan berkongsi pengetahuan dalam pengurusan & pengendalian kelengkapan IT, terutama komputer peribadi (PC) serta notebook secara lebih berkesan.

Kita akan berkongsi langkah merancang penyimpanan format fail atau storan dengan lebih efektif. Ini dapat membantu pemilik PC atau notebook menguruskan sistem komputer dengan lebih berkesan & mudah pada masa depan, seterusnya meningkatkan prestasi komputer. Bagi mengelakkan format fail atau dokumen yang disimpan di dalam komputer berselerak sehingga boleh mengakibatkan tahap prestasi komputer kurang cekap, pemilik disaran memperkenalkan folder (ruang simpanan) baru bagi setiap program yang hendak distorkan. Ia adalah mudah apabila pemilik komputer hanya perlu melayari cakera pemacu C: atau D: yang ditempatkan dalam ‘My Computer‘ kerana kebiasaanya ia menempatkan ‘Documents and Settings‘ dan ‘Program Files‘ untuk pemacu C:.

Sebagai permulaan, ruangan simpanan yang baru itu pengguna hanya perlu klik sebelah kanan tetikus dalam C: disusuli dengan klik ruangan ‘New‘ untuk folder baharu. Apabila folder baharu dipilih pengguna hanya perlu memberikan nama baharu bagi memudahkan ia diingati & menepati tujuan penggunaan tertentu. Folder baru itu boleh digunakan untuk menyimpan fail & dokumen sedia ada atau baru dalam ruangan yang mudah diperoleh dan lebih tersusun. Aktiviti menguruskan ruangan simpanan fail disarankan dilakukan setiap 2 bulan dan anda perlu membuang format fail yang tidak diperlukan kerana cakera yang mempunyai kapasiti simpanan dalam lingkungan 5% mudah terdedah kepada ralat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s