Palestin

  • Palestin pernah menjadi sebahagian Empayar Usmaniah (1517-1917). Turki yang menjadi sekutu Jerman pada Perang Dunia Pertama (WW1) terpaksa menyerahkan Palestin kepada Britain. Pada 1917, Britain menerusi Deklarasi Balfour mengumumkan Palestin menjadi tanah air rakyat Yahudi. Pada 1921, Perdana Menteri Britain ketika itu, Winston Churchill membentuk Jordan. Pada 1947, Britain ‘menyerahkan’ konflik Israel-Palestin untuk ditangani Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB – UN). PBB kemudian memecahkan kawasan dengan kawasan asli Palestin meliputi Tebing Barat, sebahagian kawasan timur Baitulmaqdis, Semenanjung Gaza (West Bank), Semenanjung Sinai & Bukit Golan pada Perang 1967 (Perang 6 Hari) berjaya menewaskan tentera Mesir (Egypt), Syria serta Jordan.
  • 94 negara mengiktiraf Pihak Berkuasa Palestin (PA) & menganugerahkan status diplomatik kepada diplomat Palestin. Negara itu termasuk Afrika Selatan (South Africa), Algeria, China, Pakistan, Turki, Indonesia, India, & Greece. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pula mendapat status pemerhati di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1964 (Resolusi 3237). Status itu dikaji semula Julai 1998 & hak itu diberikan kepada Palestin, Ia dibenarkan menyertai debat umum setiap Perhimpunan Agung PBB.
  • Palestin, Iraq & ‘Transjordan‘ (Jordan) dijajah British (Britain) selepas Perang Dunia Ke-2 (WW2) manakala Lubnan serta Syria dikuasai Perancis (France). Kebanyakan negara itu mudah mencapai kemerdekaan. Malangnya, nasib Palestin terus terumbang-ambing kerana tekanan Israel & Amerika Syarikat (US).
  • Kerajaan pertama Palestin diisytihar pada September 1948 di Gaza sebagai usaha Liga Arab untuk menyekat pengaruh Jordan ke atas isu Palestin. Bekas mufti Baitulmaqdis, Amin al-Husseini dilantik Presiden pertama. Pada 1 Oktober tahun yang sama, Baitulmaqdis diumumkan ibu kota Palestin. Kerajaan ini diiktiraf Mesir, Syria, Lubnan, Iraq, Arab Saudi (Saudi Arabia) & Yaman (Yemen). Malangnya, Jordan & kuasa dunia enggan mengiktiraf kewujudan negara itu. Pada 1959, Presiden Mesir, Gamal Abdul Naser membatalkan kewujudan Palestin.
  • Bekas Perdana Menteri Israel, Golda Meir (1969-1974) pernah menegaskan betapa tidak wujud istilah negara Palestin. Daripada 1948 hingga 1967, Gaza diduduki Mesir manakala Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis dikuasai Jordan. 2 kawasan itu dirampas Israel pada Perang 1967 (Perang 6 Hari).
  • Ringkasan penyelidikan ekonomi dilakukan Thomas R Stauffer membuktikan kerajaan Amerika menyalurkan AS$3 trilion (RM11.31 trilion) bagi membantu Israel pada 2002. Hasil kajian Stauffer itu disiarkan dalam The Washington Report mengenai Hal Ehwal Timur Tengah edisi Jun 2003.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s