IPTS alternatif untuk pelajar gagal ke IPTA

Jumlah pelajar lepasan SPM meningkat saban tahun. Kementerian Pengajian Tinggi pernah mengumumkan penerimaan lebih 40,000 pelajar lepasan STPM memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Untuk lepasan SPM pula, lebih 26,000 pelajar dikatakan menerima tawaran menyambung pelajaran di IPTA. Selain IPTA, lepasan SPM juga akan ditawarkan tempat di politeknik dan kolej komuniti milik kerajaan yang boleh menampung kira-kira 20,000 tempat. Selain itu, pusat matrikulasi mungkin boleh menyerap dalam lingkungan 25,000 pelajar manakala IKBN/IKTBN sekitar 5,000 pelajar. Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang biasanya memperuntukkan setakat 5,000 tempat turut menawarkan program kepada lepasan PMR. Sehubungan itu, pusat latihan di bawah kelolaan Mara seperti IKM, Kolej Kemahiran Mara dan Pusat Giat Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak dapat menyerap lebih daripada 20,000 pelajar pada satu-satu masa. Tahun ini pusat itu hanya mampu mengambil sekitar 18,000 pelajar.

Kini, sudah tiba masanya pelajar lepasan SPM mengetuk pintu IPTS untuk melanjutkan pengajian. Ibu bapa yang anak mereka tidak mendapat tempat ke IPTA harus segera memilih IPTS sebagai alternatif terbaik untuk menyambung pengajian. Jangan terlalu bergantung kepada kerajaan bagi menyediakan tempat tambahan untuk anak kita belajar. Mereka perlu pembelaan. IPTS adalah tempat paling sesuai. Sesetengah ibu bapa tersalah tafsir kenyataan beberapa pemimpin mengenai berita 100,000 tempat lagi akan ditambah di UiTM dan kerajaan akan membuka lebih banyak kolej komuniti. Mereka menyangka tempat itu akan dapat disediakan dalam masa terdekat ini lalu menaruh harapan anak mereka akan diterima walaupun gagal mendapat tempat pada kemasukan Julai.

Kepada ibu bapa seperti ini, jangan membiarkan anak mereka menjadi penganggur selepas tamat SPM. Umur antara 19 hingga 25 tahun adalah tahap kritikal. Tempoh usia itu adalah masa untuk mereka belajar memperkaya dan memperkasakan modal insan. Mereka harus diajar berdikari melalui pendidikan pada peringkat universiti & kolej swasta. Masalah kekurangan tempat di IPTA bukan lagi perkara baru. Penubuhan IPTS dan pusat bertauliah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dibuat atas kesedaran dan tujuan yang murni. Namun, kemelut IPTS Bumiputera yang terpaksa gulung tikar dan pusat bertauliah MLVK yang ditarik balik pentauliahannya menjadikan ibu bapa & pelajar kurang yakin untuk masuk ke IPTS dan pusat bertauliah MLVK milik swasta. Di manakah silapnya?

Isu pusat bertauliah MLVK yang tidak bertanggugjawab ini sudah & sedang ditangani dengan rasional dan saksama oleh Kementerian Sumber Manusia. Pemimpin negara & pegawai kementerian berkenaan belum membuat kenyataan jitu dan dapat meyakinkan rakyat untuk segera memujuk pelajar lepasan SPM agar melanjutkan pelajaran ke IPTS & pusat bertauliah MLVK yang banyak masih kukuh dan bertanggungjawab. Dengan purata lebih 450,000 pelajar lepasan SPM yang akan keluar setiap tahun dan IPTA pula hanya boleh menyerap tidak sampai separuh daripada jumlah itu, kini sudah sampai masanya pemimpin menyedarkan ibu bapa & pelajar supaya menerima IPTS dan pusat bertauliah MLVK sebagai alternatif terbaik untuk meningkatkan ilmu & kemahiran anak bangsa.

Ramai berpendapat, bagi membela nasib lepasan SPM yang tercicir terutama Bumiputera, ada baiknya kerajaan mempertimbang semula cadangan IPTS Bumiputera mengambil alih peranan menawarkan program Diploma UiTM di IPTS ini. Dengan ruang & peluang yang akan diwujudkan kelak, UiTM boleh mengambil lebih ramai pelajar untuk program sarjana muda atau pasca sarjana sekaligus meringankan beban kerajaan untuk menampung & membiayai pendidikan tinggi anak dengan subsidi yang keterlaluan. Dengan cara ini, IPTS akan dapat memainkan peranan secara lebih berkesan sejajar objektif penubuhannya yang sebenarnya didorong oleh kerajaan sendiri bagi menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan bertaraf global & pada masa sama meruntun permasalahan kekurangan tempat belajar di IPTA.

Sebenarnya kewujudan IPTS itu sendiri tidak membebankan dana kerajaan. Kerajaan hanya perlu berlaku adil dengan menyumbangkan sedikit peruntukan tambahan kepada Mara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Malah ada rungutan & laporan betapa IPTS dikenakan yuran terlalu mahal untuk mendapat akreditasi LAN (kini MQA) sedangkan LAN sendiri lebih banyak menyusahkan operasi sesetengah IPTS yang ternyata tidak disukai. Keciciran pelajar Bumiputera juga sekaligus dapat diatasi jika semua pihak menyokong IPTS Bumiputera. Ada pula yang berpendapat usaha menambah tempat lepasan SPM untuk memasuki Tingkatan 6 bukan jalan penyelesaian terbaik. Pemegang STPM sejak dulu terpaksa bersaing dengan pelajar lulusan pusat matrikulasi, asasi sains & pemegang diploma untuk mengejar tempat di IPTA. Setidak-tidaknya dengan diploma yang diperoleh dari IPTS mereka sudah boleh masuk ke pasaran pekerjaan sebelum melanjutkan pelajaran, jika mereka mahu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s