Graduan disaran tidak terlalu memilih kerja

Faktor sikap adalah antara perkara yang perlu dititik beratkan setiap graduan dalam usaha mendapatkan pekerjaan yang kini cabarannya semakin sengit. Sikap yang dimaksudkan itu termasuk tidak memilih pekerjaan, cara berpakaian, tingkah laku, kesungguhan, yakin diri & berdikari. Graduan perlu rajin berusaha & tidak terlalu berharap mendapat pekerjaan dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebaik saja mereka keluar universiti. Ada graduan yang tidak malas menghadiri temu duga hanya kerana pekerjaan yang dimohon memerlukan mereka bekerja syif atau bekerja di luar kawasan & ada pula kerana kerja dimohon bertaraf kerja kontrak & tidak sesuai dengan jiwa mereka. Mereka sepatutnya menghadiri temu duga dulu & mendapatkan maklumat mengenai kerja itu & jika memang benar-benar tidak sesuai, barulah menolak tawaran pekerjaan itu. Jika terus tidak menghadiri temu duga bagaimanakah mereka boleh mengetahui tanggungjawab yang bakal dipikul.

Graduan boleh mendaftar sebagai pencari pekerjaan di Agensi Pekerjaan Intelek Sdn. Bhd. (Intelek) yang ditubuhkan pada 1999 & mendapat sambutan mengalakkan dan sehingga kini sudah membantu banyak majikan & pencari pekerjaan. Untuk mendaftar sebagai pencari pekerjaan di Intelek, orang ramai boleh melayari laman web Intelek di http://www.intelek.com.my/ untuk mendaftar secara online dan kemudian datang terus ke pejabat Intelek untuk mendapatkan sesi rundingan temu duga. Bagi yang tiada kemudahan Internet mereka boleh datang ke pejabat Intelek untuk mendaftar kerana perkhidmatan ini percuma. Perunding di Intelek akan memberi cadangan jenis pekerjaan yang sesuai untuk graduan & biasanya mereka akan menyenaraikan pilihan kerja sebelum dihantar kepada majikan yang berdaftar dengan Intelek.

Semua pemohon akan ditemu duga oleh perunding syarikat ini bagi memastikan hanya mereka yang layak dan sesuai saja sebelum dicadangkan kepada majikan yang memerlukan. Peluang mendapatkan pekerjaan memang luas kerana banyak majikan menawarkan pelbagai pekerjaan daripada peringkat rendah seperti perkeranian kepada jawatan tertinggi. Paling penting ialah penguasaan bahasa Inggeris yang mana ramai graduan kurang mahir. Namun, pihaknya akan mencarikan mereka pekerjaan bersesuaian yang tidak memerlukan kemahiran tersebut. Apabila ada pekerjaan yang ditawarkan bersesuaian dengan pilihan dan kelayakan pemohon, mereka akan dihubungi untuk menghadiri temu duga. Intelek mempunyai 2 cawangan iaitu di Wisma MCA, Jln Ampang & Seksyen 20, Shah Alam, Selangor dan boleh dihubungi di talian 03-2161 2121 & 03-5542 8133 atau e-mel enquiry@intelek.com.my

Advertisements

2 thoughts on “Graduan disaran tidak terlalu memilih kerja

  1. Cik ilyani maaf saya baru sahaja terima panggilan dari intelek untuk interview hari isnin ni. So nak tanya sama ada betul atau tidak kenyataan cik ilyani tu ya? kalau2 cik ilyani dah dapat jawapan. terima kasih

  2. hi. saya ada kemusykilan tentang agensi pekerjaan intelek. saya pergi consultant session hari ni dan akan pergi interview hari rabu ni. oleh sebab ibu saya jadi suspicous bila saya cakap i’m getting interview by a job agency dan bukan dari syarikat.. jadi saya selidik dekat forums.. ada yang tak recommend agensi pekerjaan sebab mereka akan minta bayaran proses (upon successful recruitment)atau gaji bulanan akan ditolak untuk mereka. benarkah begitu? and when I googled to know more abt the agency, i came across your posting here. Jika saudara tahu lebih banyak atau berpengalaman dengan agensi intelek ini, sila email saya ASAP ok and let me know. ilyani at gmail dot com. thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s