3 pilihan maksimum kedudukan kewangan

Tidak dapat dinafikan bahawa mendapat kenaikan gaji adalah impian semua orang. Dengan lebihan wang, macam-macam boleh direalisasikan, naik taraf telefon bimbit kepada 3G atau menukar satu set tayar baharu untuk kereta & sebagainya. Lazimnya begitulah gaya hidup yang dilalui sesetengah daripada kita. Mendapat kenaikan gaji bermakna memberi laluan atau tiket untuk berbelanja lebih. Lantas, daripada memulihkan kedudukan kewangan, kenaikan gaji sebaliknya boleh memudaratkan seandainya kita gagal mengawal gelora hidup mewah atau berbelanja tidak berhemat. Bagaimanapun, berkat perancangan teliti & teratur serta usaha penuh kesedaran untuk mengawal kewangan, kita boleh mencapai kedua-duanya sekali, mendapat kenaikan gaji & merangsang kedudukan kewangan kita. Selepas berjaya memperolehi kenaikan gaji, bagaimana pula untuk mengurus lebihan wang yang ada di tangan?

Justeru itu, anda ditawarkan beberapa tip untuk menguruskan lebihan wang dengan bijak, seperti terkandung dalam buku panduan ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah) mengenai Kewangan Perseorangan. Hakikatnya, apabila ada lebihan wang, sewajarnya kita bijak menetapkan keutamaan terutama ke manakah lebihan wang itu harus disalurkan. Misalnya, melunaskan hutang adalah satu usaha atau idea yang baik, manakala keputusan untuk menggunakan lebihan wang itu untuk membuat pengubahsuaian rumah pula adalah tidak wajar. Kesilapan paling teruk yang mungkin sesetengah daripada kita lakukan adalah meningkatkan kos hidup kita dengan membuat pinjaman kereta yang lebih tinggi, makan di luar dengan lebih kerap atau bergaya dengan pakaian berjenama, misalnya. Sebaliknya, ada 3 pilihan yang kita boleh pilih untuk memaksimumkan kedudukan kewangan kita.

Pilihan pertama – kita boleh mengatur kenaikan gaji itu dengan cara di mana ia digunakan untuk membiayai perbelanjaan tetap kita. Perbelanjaan tetap merangkumi, antaranya ialah gadai janji atau cagar, sewa beli yang tinggi, perbelanjaan seisi rumah & makanan asas. Melalui cara ini, kita boleh memenuhi kewajipan kewangan bulanan kita dengan baik & pada masa sama menikmati gaya hidup lebih baik. Peruntukan itu hendaklah diseimbangkan dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk setiap barangan. Ia mungkin agak suakr untuk sesetengah orang, jadi cara paling baik ialah menggunakan perisian kewangan seperti Quicken atau Microsoft Money yang mudah diperoleh di pasaran. Pilihan ini bagaimanapun tidak boleh memulihkan kedudukan kewangan kita.

Pilihan kedua – menggunakan lebihan wang itu ke arah satu matlamat saja seperti melunaskan hutang kad kredit. Dengan cara ini, kita boleh memendekkan tempoh untuk menjelaskan hutang & pada masa sama menjimatkan wang daripada membayar kadar faedahnya tinggi. Selepas matlamat ini dipenuhi, kita mungkin boleh digunakan wang untuk membiayai perbelanjaan tetap lain, seperti dijelaskan dalam pilihan pertama.

Pilihan ketiga – memperuntukkan lebihan wang itu untuk memulihkan rekod keseluruhan kedudukan kewangan kita. Kita boleh mulakan dengan melunaskan semua hutang sedia ada, dan yang pertama dalam senarai pastinya kad kredit berikutan kadar faedahnya yang tinggi. Ia disusuli dengan bayaran pinjaman kereta atau gadai janji, misalnya. Selepas selesai melunaskan semua hutang itu, kita boleh kemudiannya menggunakan wang itu untuk melabur lebih dalam amanah saham atau meningkatkan tabungan atau simpanan bulanan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s