Virus ‘goda’ hari kekasih

Berhati-hati apabila menerima mesej sempena hari kekasih dalam e-mel anda tahun ini. Pengguna komputer diberi amaran supaya berwaspada dengan e-mel menggoda yang menjanjikan cinta abadi buat selama-lamanya tetapi ia sebenarnya membawa virus siber yang sama seperti penyakit jangkitan kelamin. Ulat jenis terbaru dalam Internet itu dikenali dengan nama ‘Storm‘, yang merosakkan puluhan juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakan pengguna tidak tahu komputer mereka dijangkiti & terus menghantar e-mel. Pakar keselamatan Internet cuba sedaya upaya membunuh Storm tetapi ia masih wujud & sentiasa berada satu tahap di depan. Storm diasaskan Januari tahun lalu dengan mesej biasa seperti berikut: “230 mati apabila ribut melanda Eropah“. Apabila pengguna Internet klik pada fail yang dikepilkan (attachment) untuk membaca lebih lanjut, mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka membenarkan penjenayah siber menguasai komputer mereka.

Faktor perlu diambil kira apabila membeli rumah

Dalam membuat keputusan pembelian rumah, anda mempunyai 3 pilihan iaitu membeli rumah sekarang kerana anda sudah menjumpai rumah yang sesuai, menarik & menguntungkan atau anda menangguhkan pembelian sehingga berjumpa dengan rumah sedemikian atau anda menyewa rumah sepanjang hayat anda. Bagi membuat pilihan pertama & ke-2 anda perlu tahu kriteria dalam menentukan rumah yang hendak dibeli itu sesuai, menarik & menguntungkan.

Pertama, anda perlu mencari lokasi, keluasan, susun atur, bilangan bilik, kemasan & ciri rumah yang sesuai dengan keperluan, kehendak & kemampuan kewangan anda. Jangan lupa mengambil kira keperluan sekarang & juga keperluan tambahan apabila bilangan anak bertambah.

Ke-2 ialah mencari rumah yang harga tawarannya menarik. Anda perlu membandingkan harga tawaran dengan harga pasaran untuk rumah seumpama itu di kawasan berkenaan. Anda boleh mengira berapakah luas rumah itu & mengira kos jualan bagi setiap kaki persegi. Kos jualan berdasarkan RM/kaki persegi boleh digunakan sebagai perbandingan dengan kos projek lain. Kos juga boleh dipecahkan kepada kos binaan & kos tanah berdasarkan keluasan binaan & keluasan tanah untuk unit berkaitan.

Ke-3 ialah menilai ciri kelebihan & kekurangan yang ada pada rumah berkenaan. Lokasi strategik berdekatan pusat bandar, kawasan perindustrian, sekolah, pasar, kejiranan rendah kadar jenayah, jalan raya tidak sesak & seumpamanya sudah tentu faktor positif yang menarik. Pada peringkat lebih mikro, rumah tepi, berhadapan dengan taman, menghadap matahari naik & memiliki pemandangan depan rumah yang menarik adalah antara faktor tambahan menjadi tarikan. Reka bentuk, susun atur & kemasan rumah yang baik akan menyumbang kepada keselesaan & memberi impak besar kepada suasana di dalam rumah. Spesifikasi alatan, kemasan lantai & sebagainya akan menentukan hayat ketahanan dan boleh menjadikan selenggaraan lebih mudah & murah.

Dari sudut ekonomi & pelaburan pula, keuntungan daripada pembelian sesebuah rumah diperoleh dari kenaikan nilai rumah & kenaikan sewa. Jika tempat itu strategik seperti berdekatan universiti, kolej, hospital, pejabat kerajaan, kawasan industri, & sebagainya, pertumbuhan ekonominya yang pesat menjadikan nilai rumah cepat meningkat. Jika sewa bulanan tinggi, ia boleh digunakan untuk membayar sebahagian dari ansuran pinjaman, sementara kenaikan nilai rumah hanya akan diperoleh apabila rumah itu dijual. Umumnya pembelian rumah boleh menjadi satu bentuk pelaburan yang baik kepada pasangan muda kerana duit sewaan bulanan akan bertukar sebagai bayaran ansuran pinjaman rumah & akhirnya rumah itu menjadi milik mereka. Insurans hartanah (MRTA) yang dibeli bersama pula boleh membantu melangsaikan hutang jika peminjam meinggal dunia & pewaris sudah bersedia dengan sebuah rumah untuk kediaman mereka. Jika anda mahu membeli rumah daipada pemaju perumahan, anda juga perlu sedar bahawa pemaju yang lemah boleh menyebabkan projek tidak siap atau rumah yang disiapkan tidak berkualiti. Anda dicadangkan meneliti latar belakang rekod pemaju dengan melihat rekod projek mereka yang lalu.

Kucing bawa penyakit

Ramai tidak menyedari bahawa kucing peliharaan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Ada jenis penyakit dikenali sebagai ‘cat scratch disease‘. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria yang dibawa melalui air liur kucing. Doktor dan penyelidik berpendapat bahawa kucing berkemungkinan mendapat bakteria daripada kutu biarpun tiada sebarang bukti menunjukkan kesahihannya. Lazimnya, kucing akan mendapat bakteria apabila ia menjilat-jilat bulunya. Mata anda juga tidak terlepas daripada mengalami jangkitan bakteria jika anda gemar mencium kucing.

Rawatan
  • Kesan gigitan atau cakaran kucing sukar disembuhkan.
  • Demam berpanjangan untuk beberapa hari selepas digigit atau dicakar kucing.
  • Sakit & bengkak pada kelenjar untuk tempoh 2 atau 3 minggu.
  • Sakit sendi dan tulang.
  • Kesakitan pada abdomen (tanpa demam, muntah & cirit-birit).
  • Terlalu letih untuk tempoh 2 atau 3 minggu.

Kaedah berkesan merancang kerjaya masa depan

Anda tentu kecewa apabila permohonan pekerjaan anda ditolak. Hal ini mungkin berpunca daripada surat iringan serta resume yang dihantar tidak menarik perhatian majikan ataupun permohonan tidak memenuhi syarat seperti yang dikehendaki. Hal ini sering terjadi apabila anda tidak meneliti iklan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati sehingga berlaku kesilapan. Mungkin juga kelulusan akademik anda tidak melayakkan anda memohon jawatan berkenaan serta pelbagai perkara lain berkaitan seperti kemahiran atau pengalaman.

Anda tidak boleh mengharapkan majikan untuk berbuat demikian untuk anda. Jika suatu ketika dahulu, ibu bapa menentukan kerjaya anak mereka, lain pula halnya dengan hari ini. Ibu bapa bersikap liberal & memberi peluang kepada anak menentukan karier mereka sendiri. Sebagai ibu bapa mereka seharusnya memberikan pandangan, bimbingan & maklumat tentang kerjaya dan masa depan mereka. Perancangan teliti penting untuk menentukan kerjaya seseorang. Kita perlu faham apakah kehendak organisasi, industri serta keperluan sumber tenaga pada masa depan. Situasi yang ideal boleh berlaku apabila pihak universiti mula bekerjasama dengan majikan dalam menentukan keperluan pekerjaan pada masa akan datang. Ini bagi mengelakkan keadaan ketidakseimbangan dalam permintaan & pengeluaran pekerjaan.

Salah satu cara merancang kerjaya anda ialah dengan membuat satu garisan lurus & mulakan titik kerjaya seiringan dengan umur anda & gaji tahunan iaitu setelah anda mendapat ijazah. Buat andaian jangka hayat anda ialah 70 tahun. Anda sendiri boleh membuat perancangan seperti di atas sambil membincangkan masa depan & apa yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat itu. Matlamat yang jelas & teliti mampu membawa kejayaan. Tidak semua perancangan yang diatur lancar, kadangkala anda menghadapi perubahan atau dihantar ke tempat yang anda tidak jangkakan & sebagainya. yang penting petunjuk tersebut boleh membantu anda menghadapi segala rintangan dalam kerjaya anda.

Biodata Yasser Arafat

English: Yasser Arafat at 'From Peacemaking to...
English: Yasser Arafat at ‘From Peacemaking to Peacebuilding’ at the Annual Meeting 2001 of the World Economic Forum (Photo credit: Wikipedia)

Berikut adalah biodata peribadi Yasser Arafat, sekadar untuk pengetahuan bersama.

Nama asal: Muhammad Abd ar-Ra’uf al-Qudwa al-Husayni
Nama timangan: Abu Ammar
Tarikh lahir: 4 Ogos 1929 (ada yang mendakwa beliau dilahirkan pada 24 Ogos 1929)
Tempat lahir: Beliau mendakwa dilahirkan di Baitulmaqdis tetapi kelahirannya didaftarkan di Kaherah, Mesir.
Bilangan dalam keluarga: Anak ke-5 atau ke-6 (berlaku percanggahan pendapat)
Pendidikan: Universiti Raja Fuad I (kemudian dinamakan Universiti Kaherah) & mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam pada 1956.
Pengalaman dalam tentera: Leftenan kedua dalam pasukan tentera Mesir ketika krisis Perang Suez.
Jawatan: Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) & Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Anugerah: Pemenang bersama Anugerah Nobel.

Enhanced by Zemanta