Selangor bina 5,000 rumah berkelompok

Kerajaan Selangor akan membina 5,000 rumah berkelompok setahun mulai tahun ini bagi merealisasikan pelaksanaan Skim Perumahan Pasangan Muda di negeri ini. Sehubungan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai badan pelaksana sudah mengenalpasti satu tapak di Seksyen 24 bagi melaksanakan projek itu. Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor menjelaskan rumah berkeluasan minimum 650 kaki persegi itu akan disewakan kepada pemohon berkelayakan bagi tempoh maksimum 30 tahun dengan kadar sewa tidak melebihi RM500 mengikut lokasi. Mereka yang berumur 18 – 35 tahun & belum memiliki rumah dengan jarak 50 kilometer dari projek berkenaan serta memperoleh pendapatan terkumpul RM1,200 – RM3,500 sebulan layak menyertai skim itu. Kepadatan penduduk di Selangor kini hampir 5 juta termasuk mereka yang berhijrah dari negeri lain & kira-kira 60% daripadanya adalah golongan muda yang berada pada peringkat mengukuhkan ekonomi keluarga masing-masing. Dalam hal ini, kerajaan negeri memperkenalkan skim ini bagi memastikan pasangan muda mampu memiliki rumah sendiri. Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri membina 304 rumah & membaik pulih 325 rumah tahun lepas dalam usaha membasmi kemiskinan di daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor & Kuala Selangor.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s