Sekularisme ancam umat Islam Malaysia

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pernah mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar tidak lama dahulu bahawa sekularisme menular dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia sehingga orang Islam tidak menghiraukan soal halal & haram. Kita harus mengambil iktibar & mengikuti nasihat berguna daripada mufti.
Contohnya, berdasarkan kajian yang paling ramai mengambil nombor ekor adalah Melayu. Begitu juga dengan minum arak yang turut diteguk umat Islam. Perbelanjaan arak hampir RM1 bilion dan semakin menular terhadap orang Islam. Jika kita perhatikan, Islam di Malaysia menghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisme, budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisme serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah.
Sekularisme bagi umum adalah konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia menular dengan hebat & menjadi ritual. Namun, hakikatnya Islam tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan & segala kegiatan hidup sebenarnya berkaitan dengan agama, yang dikatakan Islam sebagai ad-din. Liberalisme adalah fahaman yang diciptakan Yahudi sejak 2,000 tahun dulu. Ia berkembang & Barat yang terpengaruh dengan liberalisme ini maka agama ditinggalkan. Antara jalan paling senang ialah mendekati & meracuni fikiran bijak pandai Islam dengan cara logik mereka. Sehingga kita lihat hari ini ada suara dari golongan ini cukup kuat dan ada yang menafikan azab kubur.
Pluralisme dengan fahaman agama tujuannya baik tapi jalannya berlainan. Fahaman ini makin kuat diterapkan pada orang Islam. Kerana itu ada yang menjadikan perayaan agama sebagai acara nasional. Sedangkan perkara ini jelas dalam al-Quran, Allah mengatakan agama itu Islam. Dan siapa yang mencari selain dari Islam akan kecewa di akhirat nanti. Hari ini usaha sebegini menular pada golongan bijak pandai & cendekiawan Melayu. Buktinya, mereka berusaha menubuhkan IRC & sekarang ini IFC sehingga diperluaskan melalui ‘road show‘.
Selain itu, kita di Malaysia suka berbicara perkara remeh-temeh, kita suka mencari masalah lain sebelum masalah terdahulu diselesaikan. Berdasarkan statistik hingga awal Januari lalu, 75,000 yang majoritinya Melayu menghidap AIDS. Kita masih bertengkar & sibuk dengan soal perkahwinan seperti yang timbul iaitu kahwin misyar. Jadi masa kita banyak dihabiskan untuk perbahasan masalah seperti itu.
Enhanced by Zemanta
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s