Membuang spyware dalam PC

Kali ini kita akan berkongsi pengetahuan mengenai langkah perlindungan yang perlu diambil ketika berada dalam talian menerusi kaedah pembuangan spyware. Sebelum ancaman berasaskan spyware dapat dibuang, terlebih dahulu, pengguna komputer peribadi perlu memahami latar belakang kewujudan ancaman itu & keupayaannya dalam melemahkan prestasi penyampaian sistem komputer untuk jangka panjang.

Spyware adalah kod berniat jahat yang menjangkiti sistem PC pemilik dengan kemampuannya mengambil alih proses yang dilaksanakan dalam sistem. Ia akan membenarkan penggunaan papan kelengkapan pelayar yang tidak dibenarkan pada paparan skrin PC, menghasilkan tetingkap pop-up ketika berada dalam talian & membuat pertukaran laman web pemilik tanpa pengetahuan. Lebih membahayakan apabila spyware dapat mengenalpasti pergerakan dalam laman web sehingga boleh memberikan kesan terhadap prestasi PC itu sendiri. Selain itu, spyware juga mampu mengesan & memerhatikan pergerakan fail dalam sistem pemilik ketika berada dalam talian, di samping berupaya memahami aktiviti anda ketika melayari Internet. Pengesanan aktiviti dalam talian itu akan digunakan bagi membentuk profil pemasaran apabila ia dijual kepada syarikat pengiklanan Internet sehingga boleh mencemar privasi pemilik PC.

Pengguna Internet boleh mempelajari kaedah membuang spyware dalam PC & seterusnya melindungi komputer anda daripada ancaman luar yang wujud secara berterusan. Pengguna juga boleh memuat turun program Ad-Aware SE dan Spybot – Search and Destroy secara percuma menerusi dalam talian. Kedua-dua program tambah nilai itu adalah komponen perlindungan pakej keselamatan yang ditawarkan kepada pengguna bagi memerangi masalah spyware yang semakin berleluasa ketika ini. Program Ad-Aware dan Spybot boleh diperoleh menerusi laman web masing-masing di Internet dan seterusnya disimpan di lokasi yang ditetapkan dalam PC. Apabila proses memuat turun program itu selesai, pemilik PC boleh memulakan proses pemasangan program terbabit dalam komputer menerusi langkah pemasangan mudah komponen perlindungan spyware terbabit.

Apabila berjaya dimuat turun, pemilik PC boleh menggunakan kedua-dua program terbabit untuk mengesan spyware. Sebagai usaha memastikan pengguna dilindungi daripada ancaman spyware, proses mengemas kini (update) kedua-dua program itu perlu dilakukan dengan lebih kerap bagi mengelakkan kelemahan program itu mengesan ancaman terbaru. Proses imbasan menggunakan program tersebut perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan bagi memastikan kewujudan spyware itu dapat dimusnahkan dengan lebih berkesan.

Advertisements

Waspada impak negatif matahari

Sinaran matahari sememangnya bermanfaat untuk tubuh badan terutama kulit. Tetapi awas, sinar matahari yang melebihi jam 10 pagi boleh mendatangkan bahaya kepada kita! Ketahui impak negatif sinaran matahari kepada kulit:
  • Pendedahan kulit yang keterlaluan pada cahaya matahari akan menyebabkan ia terbakar atau disebut sebagai erythema.
  • Alergi atau photodermatosis biasa terjadi pada kulit yang sensitif pada matahari.
  • Penyebab utama penuaan kulit disebabkan kurangnya penghasilan melanin.
  • Menjadikan kulit kusam dan berkerut.
  • Kesan paling teruk menyebabkan kanser kulit.

Enhanced by Zemanta

Lelaki bersuara garau ramai anak

Kata orang tua-tua, lelaki jika ingin memilih isteri biarlah yang sedap mata memandang. Manakala tip untuk kaum wanita yang ingin mencari suami, jika boleh pilihlah yang bersuara garau. Kenyataan ini berdasarkan pemerhatian penyelidik Kanada danĀ Amerika Syarikat yang diterbitkan dalam jurnal Biology Letters. Sebenarnya, tiada apa-apa kaitan saintifik di sebalik garau atau tidak suara seseorang lelaki. Namun, wanita didapati lebih tertarik kepada lelaki yang bersuara garau. Sama seperti mana mereka tertarik kepada lelaki yang bertubuh tinggi atau berwajah tampan. Bagaimanapun berdasarkan kajian, ciri fizikal yang baik dan simetri membayangkan gen yang bakal diwarisi untuk keturunan seterusnya adalah cemerlang dan sempurna.

Serangan virus format PDF


Kebelakangan ini pakar antivirus telah mendedahkan wujudnya virus yang menggunakan format Portable Digital Format (PDF) untuk menyerang komputer peribadi (PC) menggunakan lampiran berbentuk “report.pdf“. Apabila lampiran ini dibuka, fail PDF yang menggunakan kelemahan yang ada pada CVE-2007-5020 menjangkiti komputer peribadi menerusi Acrobat Reader dan Internet Explorer 7. Sasaran virus ini ialah menggunakan komputer yang dijangkiti untuk aktiviti penyebaran virus. Kes ini yang dikesan amat membimbangkan kerana lampiran yang menggunakan format PDF ini tidak ditapis ketika ia memasuki sistem rangkaian komputer.

Swiss Mutual Fund

Rakyat Malaysia dinasihati tidak melabur dalam dana pelaburan dikenali sebagai Swiss Cash atau Swiss Mutual Fund (1948), yang ditawarkan melalui Internet dan ejen tempatan. Kedutaan Switzerland telah mengeluarkan satu kenyataan di Kuala Lumpur yang mana dana pelaburan tersebut tiada kaitan langsung dengan negara itu. Syarikat itu beroperasi di luar Switzerland dan tidak tertakluk kepada undang-undang perbankan Switzerland yang sangat ketat.