Bagaimana menyediakan resume yang berkesan?

Resume yang juga dikenali sebagai ‘curriculum vitae‘ (cv) merupakan penggambaran mengenai kemahiran, pengalaman, pengetahuan, pendidikan serta pencapaian yang melayakkan anda untuk sesuatu pekerjaan. Sesuatu resume yang baik selain dari memberi maklumat peribadi juga memujuk sesesorang majikan bahawa anda mempunyai kemahiran, sikap, kelayakan atau sifat-sifat yang istimewa bagi mendapat temu duga peribadi. Perlu diingatkan resume merupakan suatu alat pemasaran yang boleh membantu anda mendapat peluang temu duga.

Sesuatu resume yang berkesan perlu singkat, tidak lebih daripada tiga halaman. Oleh kerana resume ialah alat utama dalam mencari kerja yang lebih baik, ianya perlu disediakan dengan teliti. Semua resume harus tepat dan jujur dan hendaklah memberi fokus kepada kehendak sesuatu kerja dan menyampaikan maklumat yang relevan bagi kerja yang dipohon. Ini membolehkan majikan untuk menilai secara objektif kesesuaian anda bagi kerja yang diiklankan.


Sesuatu resume yang efektif perlu mengandungi maklumat peribadi (seperti nama, tarikh dan tempat lahir, taraf perkahwinan, kerakyatan, alamat, no. telefon, e-mail, dll) dalam bahagian pertama. Bahagian kedua perlu memberi maklumat tentang kelayakan akademik (mulai dengan sekolah menengah, kolej, universiti, dll). Di sini maklumat terperinci mengenai diploma dan ijazah serta kursus yang diikuti sepanjang tempoh pendidikan dan gred serta anugerah yang diperolehi serta penyertaan dalam aktiviti luar kurikulum perlu diterangkan. Ini harus diikuti dengan pengalaman kerja dalam bahagian ketiga. Di sini anda perlu mula dengan maklumat mengenai kerja terkini dan diakhiri dengan kerja lama. Senaraikan semua kerja yang dibuat dengan memberi semua maklumat tentang tugas serta tanggungjawab dan tempoh setiap jawatan yang dipegang. Keterangan mengenai latihan dalam perkhidmatan dan kursus yang diikuti juga perlu diberikan. Kemahiran yang diperolehi dalam sesuatu bidang kerja adalah juga amat penting.

Dalam bahagian terakhir, maklumat tentang rujukan (reference) perlu diberi bagi memudahkan majikan mendapat sokongan serta penilaian daripada bekas majikan / pihak institusi anda. Dicadangkan supaya anda memberi maklumat tentang dua orang bekas majikan dan dua orang daripada institusi pengajian tinggi anda. Tentukan nama, jawatan, alamat penuh, no. telefon dan alamat e-mail mereka diberikan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s