Bagaimana menyediakan resume yang berkesan?

Resume yang juga dikenali sebagai ‘curriculum vitae‘ (cv) merupakan penggambaran mengenai kemahiran, pengalaman, pengetahuan, pendidikan serta pencapaian yang melayakkan anda untuk sesuatu pekerjaan. Sesuatu resume yang baik selain dari memberi maklumat peribadi juga memujuk sesesorang majikan bahawa anda mempunyai kemahiran, sikap, kelayakan atau sifat-sifat yang istimewa bagi mendapat temu duga peribadi. Perlu diingatkan resume merupakan suatu alat pemasaran yang boleh membantu anda mendapat peluang temu duga.

Sesuatu resume yang berkesan perlu singkat, tidak lebih daripada tiga halaman. Oleh kerana resume ialah alat utama dalam mencari kerja yang lebih baik, ianya perlu disediakan dengan teliti. Semua resume harus tepat dan jujur dan hendaklah memberi fokus kepada kehendak sesuatu kerja dan menyampaikan maklumat yang relevan bagi kerja yang dipohon. Ini membolehkan majikan untuk menilai secara objektif kesesuaian anda bagi kerja yang diiklankan.


Sesuatu resume yang efektif perlu mengandungi maklumat peribadi (seperti nama, tarikh dan tempat lahir, taraf perkahwinan, kerakyatan, alamat, no. telefon, e-mail, dll) dalam bahagian pertama. Bahagian kedua perlu memberi maklumat tentang kelayakan akademik (mulai dengan sekolah menengah, kolej, universiti, dll). Di sini maklumat terperinci mengenai diploma dan ijazah serta kursus yang diikuti sepanjang tempoh pendidikan dan gred serta anugerah yang diperolehi serta penyertaan dalam aktiviti luar kurikulum perlu diterangkan. Ini harus diikuti dengan pengalaman kerja dalam bahagian ketiga. Di sini anda perlu mula dengan maklumat mengenai kerja terkini dan diakhiri dengan kerja lama. Senaraikan semua kerja yang dibuat dengan memberi semua maklumat tentang tugas serta tanggungjawab dan tempoh setiap jawatan yang dipegang. Keterangan mengenai latihan dalam perkhidmatan dan kursus yang diikuti juga perlu diberikan. Kemahiran yang diperolehi dalam sesuatu bidang kerja adalah juga amat penting.

Dalam bahagian terakhir, maklumat tentang rujukan (reference) perlu diberi bagi memudahkan majikan mendapat sokongan serta penilaian daripada bekas majikan / pihak institusi anda. Dicadangkan supaya anda memberi maklumat tentang dua orang bekas majikan dan dua orang daripada institusi pengajian tinggi anda. Tentukan nama, jawatan, alamat penuh, no. telefon dan alamat e-mail mereka diberikan.

Lahirnya Ubuntu Muslim Edition

UbuntuME adalah singkatan dari Ubuntu Muslim Edition. Ubuntu Muslim Edition adalah software bebas (free), satu sistem operasi sumber terbuka (open source OS) yang berasaskan distribusi (distro) popular Ubuntu Linux.

Apakah keistimewaan Ubuntu Muslim Edition ini? Ia adalah satu-satu sistem operasi di dunia yang mengintegrasikan perisian Islam seperti waktu solat, Al-Quran, penapisan kandungan internet dan lain-lain. Edisi istimewa Ubuntu ini begitu unik dengan pembaikan antaramuka pengguna grafik (GUI – graphical user interface), skrin permulaan yang kemas, log masuk GDM (Gnome Display Manager), kertas dinding (wallpaper) berunsurkan Islam dan senarai ‘bookmark’Firefox untuk komuniti Muslim.

Apa itu Ubuntu?

luogoUbuntu adalah distribusi Linux yang popular saat ini, direkabentuk dengan tujuan untuk menggantikan Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang paling banyak digunakan di dunia.

Ubuntu dibangunkan dari komponen yang keseluruhannya bersifat “open source”, dengan modifikasi utama untuk kemudahan penggunaan dan menghijrahkan pengguna komputer yang telah terbiasa menggunakan Microsoft Windows, sebagaimana boleh dilihat disini. Nama Ubuntu berasal dari Bahasa Zulu yang berarti kemanusiaan, yang telah meresap kedalam budaya masyarakat Afrika Selatan sebagai “penghargaan bagi setiap individu”.

Apa itu Ubuntu Muslim Edition?

Ubuntu Muslim Edition adalah kumpulan program yang memberi ciri Islamik bagi distribusi Ubuntu dengan menambahkan perisian Islami (jadual solat, program pembelajaran Alquran, penapisan kandungan internet, dll.) disamping mengubah penampilannya agar lebih tampak Islamik.

Belajar Bahasa Jawa (1)

Mengenal Angka (Nombor)

Jawa – Melayu

Siji – Satu
Loro – Dua
Telu – Tiga
Papat – Empat
Limo – Lima
Nem – Enam
Pitu – Tujuh
Wolu – Lapan
Songo – Sembilan
Sepuluh – Sepuluh
Sewelas – Sebelas
Rolas – Dua belas
Telulas – Tiga belas
Rongpuluh – Dua puluh
Limangpuluh – Lima puluh
Satus – Seratus
Sewu – Seribu