Kemudahan terjemahan tulisan rumi ke tulisan jawi

Tulisan jawi merupakan tulisan bangsa Melayu yang sebenar, ramai antara kita terutama yang belajar di sekolah agama mungkin memang pandai menulis dan membaca tulisan jawi. Namun, sebahagian besar bangsa Melayu masih tidak boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Apabila proses komunikasi telah memasuki alam digital, tulisan jawi semakin dipinggirkan kerana perisian yang digunakan tidak boleh menerima teks dalam tulisan jawi.


Jarang kita melihat laman web yang bertulisan jawi atau Yahoo! Messenger yang menggunakan tulisan jawi. Surat khabar dalam tulisan jawi pun jarang kita lihat di kedai sekarang. Sampai satu masa mungkin tulisan jawi hanya digunakan di masjid atau di papan penanda jalan.


Seperti biasa apabila ada masalah maka akan adalah penyelesaian, teknologi sepatutnya memudahakan bukan menyusahkan.

Tulisan jawi walaupun kelihatan seperti tulisan Arab, namun ianya unik kerana ianya disebut dalam bahasa Melayu. Seperti juga tulisan Jepun yang di sebut ‘hiragana’, yang mana ia ditulis dalam bahasa Jepun tetapi dibaca dalam bahasa Inggeris.

Mengapa tulisan jawi semakin dipinggirkan? Kemungkinan besar jawapannya adalah kita tidak mahir untuk menulis dalam tulisan jawi. Bukankah elok jika ada kemudahan yang membolehkan kita menaip dalam tulisan rumi dan kemudian diterjemahkan ke dalam tulisan jawi? Saya akan terangkan satu kemudahan menterjemahan tulisan, dari tulisan rumi kepada tulisan jawi.


Untuk menggunakan kemudahan ini kita tidak perlu memasang apa-apa perisian, apa yang diperlukan hanyalah sambungan Internet sahaja. Kemudahan penterjemahan tulisan rumi ke tulisan jawi ini boleh diakses di laman web http://www.ejawi.net/ . Laman web ini memaparkan ucapan selamat datang dalam tulisan jawi. Mungkin juga ini merupakan laman web yang pertama yang pernah anda lihat menggunakan tulisan jawi.

ڤڠنالن
لامن ايجاوي مروڤاكن سبواه لامن دالم بهاس ملايو برتوليسن جاوي. اياڽ دوجودكن باڬي منروسكن سورۏايۏور توليسن جاوي خصوصڽ دالم كومونيتي سيبير. اين هاڽله سباڬاي ڤرمولأن، باڽق لاڬي ڤروجيك يڠ اندا تيدق جڠكاكن اكن تربيت. تروسكن مڽوكوڠ اوسها اين…

Pada bahagian pengenalannya kita akan dapat membaca kata-kata pengenalan didalam tulisan jawi yang menyatakan: Laman ejawi merupakan sebuah laman dalam bahasa melayu bertulis jawi. Ianya diwujudkan bagi meneruskan survirval tulisan jawi khususnya dalam komuniti siber.

Semua arahan didalam laman web ini adalah didalam tulisan jawi, tetapi untuk pengunjung yang tidak boleh membaca jawi anda hanya perlu melalukan anak panah diatas arahan tulisan jawi tersebut dan terjemahan didalam tulisan rumi akan dipaparkan.

Untuk mengakses kemudahan terjemahan, capaian terjemah rumi ke jawi boleh diakses dibahagian kanan bawah. Apabila kita menekan capaian tersebut kita akan diberi satu ruang untuk kita menaipkan mesej yang hendak diubah kepada tulisan jawi. Dibahagian bawah ruang tersebut terdapat butang “Terjemah Sekarang” Apabila butang ini ditekan, mesej yang ditulis didalam tulisan rumi akan diterjemahkan kedalam tulisan jawi.

Kita seterusnya bolehlah menyalin tulisan jawi tersebut untuk di letakan didalam email, pemprosesan kata atau didalam messenger. – Azli Paat.dapat.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s