Peralatan membaiki PC

Tidak banyak peralatan yang anda perlukan untuk membaik pulih komputer peribadi (PC) dan penggunaan peralatan tambahan biasanya bergantung kepada bentuk kerosakan dan cara penyelesaian.

Jika masalah berkaitan konfigurasi sistem operasi (OS) atau perisian (software)…

Kerosakan sebegini biasanya tidak memerlukan peralatan pertukangan, sebaliknya buku panduan (manual) yang disertakan atau boleh didapati di Internet (pengalaman sebelum ini juga sangat berguna) sudah memadai untuk menyelesaikan masalah ini. Panduan sebegini juga boleh dapat di sini dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Selain itu, anda juga mungkin memerlukan beberapa perisian utiliti dan diagnostik untuk menyelesaikan masalah berkaitan konflik antara perisian dan sistem operasi (Windows atau Linux atau Macintosh), atau menyelesaikan masalah seperti serangan virus, malware dan sebagainya. Tidak lupa juga perisian ‘driver’ perkakasan sekiranya perkakasan (hardware) mengalami masalah ketidakserasian dengan sistem operasi. Perisian sebegini biasanya disertakan semasa baharu membeli komputer atau perkakasan.

Jika masalah berkaitan perkakasan (hardware)…

– Alat yang paling utama untuk masalah ini ialah pemutar skru (screw driver) yang biasanya bermata phillips).
– Anda juga memerlukan beberapa komponen atau perkakasan tambahan, terutamanya jika ingin melakukan diagnostik pada masalah tersebut.
– Anda juga mungkin memerlukan sebuah lagi komputer yang tidak mengalami kerosakan untuk tujuan diagnostik. Misalnya, menguji cakera keras (hard disk) komputer yang rosak pada komputer yang tidak rosak.
– Anda juga memerlukan perisian driver perkakasan terkini dari laman web (website) pengeluar (vendor)perkakasan berkenaan di Internet.
– Dalam beberapa keadaan yang lebih ekstrim, ada yang menggunakan bantuan pateri dan pemateri dalam membaiki perkakasan yang rosak.

Advertisements

Bagaimana Melindungi Diri Anda Dari Spyware?


Spyware mungkin merupakan aplikasi berteknologi paling mencabar pada era siber. Ia turut juga dikenali ramai dengan nama adware, trackware dan malahan thiefware. Dapatkan maklumat mengenai perisian ini yang telah menjangkiti 9 daripada setiap sepuluh sistem komputer.

Apa itu Spyware?

Kebanyakan pengguna komputer pada hari ini telah biasa dengan istilah ‘spyware’ kerana mereka telah mengalami kesannya daripada perisian ini. Penurunan kelajuan perlaksanaan komputer, perubahan laman rumah dan kemunculan pop-up yang datang secara tiba-tiba atau kerap merupakan sebahagian daripada petanda bahawa komputer anda telah dijangkiti dengan spyware.

Spyware sering ditanggapi ramai sebagai virus, tetapi penyataan ini sebenarnya adalah tidak tepat. Perisian ini tidak dapat menggandakan dirinya seperti virus, maka oleh kerana itu ia tidak dapat dikesan oleh program anti-virus. Perlindungan terbaik bagi komputer anda ialah dengan menggunakan pendekatan tiga-lapisan: gabungan perisian anti-spyware, perisian anti-virus dan firewall.

Spyware ialah satu program yang dipasangkan ke dalam komputer anda, samada dengan kebenaran anda mahupun tanpa kebenaran anda dimana ia mampu melakukan proses tertentu secara terlindung seperti mengubah konfigurasi sistem, memantau aktiviti

Internet anda dan menghantar maklumat peribadi anda kepada pihak luar terutamanya pengiklan. Kesan spyware yang paling teruk ialah pertambahan bilangan spam dan pop-up yang tidak diingini atau lebih dikenali dengan nama ‘adware’. Malware pula merujuk kepada program yang mempunyai tujuan tidak baik dan mampu mengurangkan atau menghalang kecekapan komputer anda. Pada masa kini, ia turut mampu mencuri maklumat peribadi seperti katalaluan bank dan nombor kredit kad.

Petua Kesihatan (1)

Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.

Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:

Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.


Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

Laman web resipi ringkas

Sejajar dengan slogannya “Tempat Untuk Berkongsi Resipi“, laman web beralamat MyResepi.com adalah lokasi untuk anda mendapatkan pelbagai resipi masakan tempatan atau luar negara sebagai hidangan. Penulis tidak tahu alamat sebenar laman web ini tapi mencarinya terus dari enjin carian Google Malaysia untuk mencari menu masakan tertentu. Masakan yang dicari ialah nasi minyak dan resipi.

Ada beberapa laman web berkaitan resipi yang menyajikan nasi minyak tetapi laman web My Resipi menarik perhatian penulis kerana cara pembangunannya yang tersusun rapi dan memikat sesiapa saja yang mengunjunginya. Ia dibangunkan oleh ‘Fendi Family’ dengan cara yang paling ringkas dan mudah difahami menggunakan gabungan teks & gambar. Pengunjung bebas melayari dan mendapatkan pelbagai jenis resipi yang disediakan tetapi perlu mendaftar untuk memberi sebarang komen terhadap kandungannya atau komen selepas mencuba resipi terbabit.


Selain mendapatkan resipi, pengunjung juga dialu-alukan untuk menyumbang sebarang resipi yang mereka ada untuk dikongsikan bersama pengunjung lain. Tetapi, perlu mendaftar dulu. Menggunakan latar belakang berwarna putih dan teks hitam dan ada beberapa tempat berwarna merah. Kepala muka suratnya hanya mengandungi gambar kartun kepala Chef & nama laman web. Amat ringkas dan tidak menggunakan aplikasi sampingan seperti flash & sebagainya. Oleh itu, ia boleh diakses dengan pantas.

Walaubagaimanapun, aplikasi flash digunakan di ruangan pertanyaan. Ia menunjukkan cara untuk mendaftar dan menghantar komen atau resipi. Paparan hadapannya juga dibahagikan kepada 2 kerangka iaitu resipi utama pada hari itu dan lima resipi terbaru yang digabungkan dengan 5 komen masakan terbaru. Terdapat juga ruangan untuk iklan dan promosi mengikut musim, terutamanya pada musim perayaan. Walaupun tidak disediakan enjin carian sendiri, namun kandungannya disusun mengikut kategori seperti ayam, daging, roti, makanan laut, minuman, nasi, kuih muih, kek dan sebagainya.

Faktor penyediaan memudahkan carian & pengunjung juga boleh berkongsi dengan rakan lain, yang mana resipi tertentu itu boleh dikirimkan terus menerusi e-mel atau dicetak untuk simpanan sendiri. Selain resipi, tip masakan juga disediakan sebagai panduan untuk menjadikan masakan lebih enak. Laman web selalu dikemaskini dan sering mendapat resipi baru untuk dikongsikan bersama pengunjung, cuma pembangun laman web ini perlu berhati-hati dengan bahasa & ejaan yang digunakan. Misalnya, terdapat ejaan resipi itu sendiri yang dieja dengan ‘resepi’ & jelas ia adalah salah. Begitu juga dengan campuran bahasa & mungkin ada pengunjung yang tidak faham bahasa Inggeris terutamanya mengenai bahan yang digunakan.